Saturday, 10 December 2011

ALEX KE ARSENAL?


Arsenal mahu membuat kejutan tawaran separuh harga untuk pemain buangan Chelsea, Alex ketika  Arsene Wenger nampak mahu memperkuatkan bahagian pertahanan tengahnya bulan hadapan.

Alex telah diletakkan dalam senarai perpindahan oleh Andre Villas-Boas selepas tidak lagi menjadi pilihan pasukan utama di Stamford Bridge dan kini menjadi sasaran Juventus.

Wenger memang mengagumi pemain berusia 29 tahun tersebut dan telah membuat dua pertanyaan mengenai kedudukan Alex pada musim panas lepas namun kedua-duanya ditolak.

Bagaimanapun,  Arsenal mungkin bertuah pada Januari ini melihat kepada status perpindahannya.

Dengan Per Mertesacker masih lagi menyesuaikan diri dengan kepantasan aksi Liga Perdana Inggeris,  Wenger berminat menambah pemain berpengalaman di divisyen teratas di bahagian pertahanannya.

Pengurus Tottenham, Harry Redknapp juga berminat namun pilihan utamanya kekal pemain Bolton,  Gary Cahill yang turut dimahukan Chelsea untuk menggantikan Alex.

2 comments: