Arsene Wenger berkata Arsenal hanya 'perlu salahkan diri mereka sendiri' selepas melepaskan peluang mendaki tangga Liga Perdana.
Wenger jelas tidak gembira menyaksikan Gunners dihalang aksi hebat penjaga gol, Wayne Hennessey dan pasukan 10 pemain Wolves yang menghalang pasukannya mengatasi kedudukan liga Chelsea.
Bos Arsenal, Wenger berkata: "Akan ada banyak situasi lagi. Itu yang sangat mengecewakan. Itu merisaukan. Anda perlu ambil peluang anda."
"Saya lebih kecewa dengan keputusan berbanding persembahan dan semangat. Anda tak boleh salahkan sikap kami, komitmen dan keinginan untuk kami menang perlawanan."
"Jika kami terlepas peluang hebat, kami masih perlu teruskan dan ambil perkara positif dari persembahan kami. Kami harus belajar yang apabila kami mendahului 1-0 kami agak selesa di beberapa bahagian."
"Kami terperangkap di kedudukan 1-1, ketika kami hanya perlu salahkan diri sendiri. Penjaga gol nikmati perlawanan terbaik dalam kariernya. Tahniah buatnya. Saya tak tahu berapa banyak percubaan kami buat ke arah gol. Ia jenis perlawanan yang anda akan main 20 kali dan menang 19 dan seri sekali."
No comments:
Post a Comment