Monday 27 February 2012

ARSENAL PECAHKN SYILING GAJI


Penyerang Arsenal, Robin van Persie berkata beliau akan duduk dan berbincang dengan kelab mengenai kontrak baru di the Emirates – namun tidak sehingga musim berakhir.
 
Kelab utara London itu dijangka akan menawarkan pakej gaji yang cukup lumayan, difahamkan lebih dari  £150,000 seminggu dan jauh melebihi dari gaji yang dijangkakan sebelum ini, dalam usaha mengekalkan penyerang ini musim hadapan.
 
Tawaran itu termasuklah bayaran persetujuan sekitar £5 juta sebagai tambahan gaji lumayan melebihi  £130,000 seminggu di mana ia akan menjadi rekod pembayaran gaji untuk seorang pemain Arsenal.
 
Jika Arsenal memastikan tempat ke kelayakan Liga Juara-juara, ada andaian bahawa kelab akan membentuk pasukan yang mantap dengan bintang midfielder Borussia Dortmund, Mario Goetze dan penyerang Cologne,  Lukas Podolski hampir pasti akan menjadi pemain yang dibida.
 
Podolski berminat menyertai kelab manakala Arsenal dalam kedudukan kukuh mendapatkan  Goetze. Namun semua itu boleh berubah jika mereka gagal menduduki kelompok empat teratas liga di akhir musim.
 
Sekiranya ia berlaku, Arsenal bukan saja berdepan prospek kehilangan Van Persie namun juga Alex Song yang walaupun masih ada dua tahun dalam kontrak semasanya, telah menolak untuk menandatangani kontrak baru bersama kelab.

Monday 13 February 2012

HENRY HEBAT

Thierry Henry mengakhiri karier gemilangnya di Liga Perdana Inggeris dengan sempurna menerusi gol masa kecederaan bagi memastikan Arsenal mencatatkan kemenangan berharga 2-1 di  Sunderland hari Sabtu lalu.
 
Penyerang Perancis yang dipinjam dari New York Red Bulls itu menyambut hantaran lintang Andrey Arshavin untuk menguis gol dari jarak dekat ketika the Gunners mengatasi Chelsea di tempat keempat di Liga Perdana Inggeris.
 
Aaron Ramsey menyamakan kedudukan untuk Arsenal dengan sentuhan pertama selepas masuk dari bangku simpanan bagi membatalkan gol pembukaan James McClean's.
 
Ramsey menggantikan Per Mertesacker, yang terpaksa meninggalkan perlawanan kerana kecederaan Achilles apabila beliau tergelincir semasa mengawal bola sekaligus menjadi punca kepada gol  McClean.
 
Henry yang selama ini menyinari liga dengan skil cantik dan bakat jaringanyang mengagumkan kini menjadi penjaring terbanyak ketiga Liga Perdana Inggeris hanya di belakang Alan Shearer dan Andy Cole selepas menambah golnya kepada  176.
 
Selepas masuk sebagai pemain gantian sejam selepas perlawanan untuk tampil di perlawanan beliau kali ke 258 dan — kepulangan kedua di Sunderland – penampilan liga terakhirnya musim ini, Henry kini juga telah meledak tujuh gol dari 11 perlawanan menentang the Black Cats.


HENRY AKN KE UEFA


Bos Arsenal, Arsene Wenger memuji "legenda" Thierry Henry selepas dia hadir dari bangku simpanan untuk mencatat kemenangan dramatik di Sunderland.
"Dia menamatkan kisah legenda hari ini dalam kejohanan. Saya harap dia akan tambah beberapa lagi dalam aksi Liga Juara-juara pada hari Rabu," katanya.
"Tapi yang pasti, dia beri kami tiga mata dalam permainan yang amat sukar."
Gol itu sahaja sudah cukup membuktikan kewajaran keputusan Wenger membawa Henry kembali ke Stadium Emirates, walaupun pengurus turut berjenaka itu juga mungkin kembali menghantuinya.
Dia berkata, "Saya rasa itu mungkin menghantui saya dan juga kerana dia pergi sekali lagi dan orang ramai akan berkata, 'Kenapa dia tak kekal?'."
"Ini juga menunjukkan kepada anda bahawa mereka tak pernah hilang, para pemain ini, bakat luar biasa yang masih ada."
"Anda memilikinya ketika ini dengan Giggs di Manchester United dan Scholes, serta Thierry Henry di sini."
"Itu lambang kemewahan bagi mempunyai pemain seperti dia di bangku simpanan."

WILSHERE PULIH


Jack Wilshere memberikan Arsenal rangsangan utama dengan kelajuan pemulihan daripada mimpi ngeri kecederaan terbarunya.
 
Midfielder berusia 20 tahun itu kembali dari kecederaan buku lali selepas turut mengalami patah di kaki yang sama.
 
Wilshere diarahkan berehat selama tiga minggu, namun Arsenal telah membawa ke depan tarikh imbasan seterusnya pada minggu ini selepas pemain membuat kemajuan pantas berbanding apa yang dijangkakan.
 
Jika segalanya selesai, Wilshere akan meningkatkan pemulihan dan mungkin kembali bermain bulan depan, yang mana akan melancarkan peluangnya menyertai skuad Euro 2012 England.
 
Sementara itu, Robin van Persie akan berhadapan dengan pemain yang mungkin digantikannya sebagai kapten Belanda.
 
Pertembungan Liga Juara-juara antara Arsenal dan AC Milan di Itali pada malam Rabu meletakkan Van Persie dalam konflik secara langsung dengan Mark van Bommel.
 
Van Bommel ketika ini memakai lilitan lengan untuk Belanda tetapi penampilannya untuk The Rossineri telah menjadi sporadis.
 
Dan harapan Arsenal akan dipertingkatkan dengan rekod mereka yang mengagumkan dalam aksi di tempat lawan menentang kelab berprofil tinggi.

Saturday 11 February 2012

GERVINHO HEBAT


Ivory Coast akan bertemu dengan Zambia di final Piala Negara-Negara Afrika selepas menundukkan Mali 1-0 Rabu lalu hasil gol individu oleh Gervinho sejurus sebelum rehat separuh masa.
 
Striker Arsenal itu menggunakan peluang hasil kesilapan pertahanan di Stade de l'Amitie, berlari hampir separuh padang dan merembat melepasi penjaga gol iaitu Soumaila Diakite.
 
Didier Drogba dan Yaya Toure kedua-duanya turut melakukan percubaan yang mengenai palang ketika Ivory Coast menguasai sebahagian besar permainan, mara ke final tanpa bolos dalam kejohanan. Ivory Coast kini dalam jangkauan gelaran Afrika yang pertama dalam tempoh 20 tahun.
 
The Zambians mara ke penentuan Ahad ini di Libreville selepas mengejutkan Ghana 1-0 dalam aksi separuh akhir pertama.

BARCA TAK MAU RVP


Ketua Barcelona, Josep Maria Bartomeu berkata gergasi Catalan tidak berminat menandatangani Robin van Persie, buat masa ini.
 
Kapten Arsenal itu akan hanya mempunyai baki setahun dalam kontrak pada akhir musim ini dan terdapat laporan Pep Guardiola berminat menyatukan kembali striker Belanda dengan bekas rakan sepasukannya di Arsenal, Cesc Fabregas yang meninggalkan The Emirates untuk Nou Camp musim panas lalu.
 
Namun naib presiden Barca, Bartomeu berkata kelab itu tidak lagi melihat untuk menandatanganinya pada masa ini, dan tidak menolak kemungkinan langkah buat pemain berusia 28 tahun itu pada masa akan datang.
 
"Tiada apa yang berlaku ketika ini. Ada beberapa khabar angin, tapi ini bukan masa yang sesuai untuk bercakap mengenai Van Persie. Kami perlu fokus kepada prestasi kami di atas padang," katanya.
 
Bekas striker Feyenoord itu telah berada dalam prestasi maut musim ini dengan 28 gol daripada 30 perlawanan.

CHAMBO REDAKN KHABAR ENGLND


Pemain sayap Arsenal, Alex Oxlade-Chamberlain meredakan cakap-cakap mengenai panggilan skuad Euro 2012 England selepas prestasinya yang mengagumkan bersama kelab.
 
Pemain berusia 18 tahun itu menyertai Arsenal dari Southampton pada Ogos 2011 dengan yuran yang dipercayai sekitar £15 juta, dan masih belum meraih tempat dalam kesebelasan utama.
 
Walau bagaimanapun ketika bermain, dia mempunyai impak besar dan pada hari Sabtu, dia menjaringkan dua gol Liga Perdana semasa The Gunners membelasah Blackburn 7-1.
 
"Saya fokus di Arsenal. Jelas sekali itu (panggilan England) sangat bagus, tapi saya baru saja membuat langkah demi langkah," kata pemain, yang bapanya iaitu Mark Chamberlain memenangi lapan caps untuk England pada era 1980-an.
 
Walaupun itu mungkin dilihat sebagai langkah berani bagi seseorang yang sedikit pengalaman dalam skuad untuk kejohanan besar seperti itu, England pernah melakukannya sebelum ini.
 
Sir Geoff Hurst tidak bermain untuk England sebelum 1966, apabila dia menjadi sebahagian daripada skuad yang memenangi Piala Dunia, dan Michael Owen telah dimasukkan ke dalam skuad Piala Dunia 1998 walaupun hanya pada tahun pertamanya bersama dengan skuad itu.

ARSHAVIN KEKAL


Andrey Arshavin mengekalkan pendirian mahu berpindah ke Zenit St Petersburg pada musim panas ini.
 
Pemain Arsenal berusia 30 tahun itu, merupakan sasaran satu lagi kelab Rusia, Anzhi Makhachkala, sebelum jendela perpindahan tanahairnya ditutup pada 24 Februari.
 
Bos Gunners, Arsene Wenger telah membuka pintu buat Arshavin untuk keluar, dan Arsenal mungkin bersedia menjual setelah Gervinho kembali dari Piala Negara Afrika.
 
Namun Arshavin dipercayai lebih berminat berpindah ke bekas kelabnya, Zenit, walaupun Arsenal mahu melengkapkan perjanjian dan mendapatkan mendapatkan wang dengan segera.
 
Arsenal mahukan sekitar £6 juta untuk midfielder tersebut, yang tiba dari Zenit untuk £12 juta pada Januari 2009 dan kini mempunyai baki kontrak kurang dari 18 bulan.

Sunday 5 February 2012

CHAMBO SEMAKIN MANTOP


Arsene Wenger segera mengingatkan kembali pemainnya selepas Arsenal membelasah Blackburn di the Emirates.

Kapten Robin van Persie meledak hatrik apabila pasukan Steve Kean ditundukkan 7-1.

Namun pengurus pasukan, Wenger menegaskan kemenangan ke atas 10 pemain Rovers tidak akan bermakna jika the Gunners gagal menempatkan diri di kelompok empat teratas.

Wenger berkata: "Saya tak ambil peduli sangat tujuh gol, ia hanya kami menang dan bermain dengan baik.

"Saya merasakan kebelakangan ini kami bermain dengan baik tapi tidak memperoleh keputusan yang diinginkan.

"Hari ini kami bermain dengan baik dan memperoleh keputusan, dan ia memang yang kami inginkan."

Wenger menambah: "Kami kekal serius dan dipandu dengan cara kami mahu bermain dan bukan kerana sikap individu yang berlebihan.

"Kami matang dan serius, kami bermain bersatu padu sehingga ke penghujungnya."

Friday 3 February 2012

PEMAIN SETERUSNYA


Arsenal telah membuat langkah awal untuk menandatangani midfielder, Claudio Yacob dari Kelab Argentina, Racing dan mungkin mendapatkan pemain secara percuma pada musim panas.
 
Pertanyaan tentang kesediaan pemain telah dibuat pada hujung minggu lalu dengan pengurus The Gunners, Arsene Wenger dijangka berada di pasaran bagi pilihan yang murah untuk sokongan posisi midfielder.
 
Yacob, 24, tamat kontrak pada Jun dan kelab Aires Buenos akan sedia melepaskan kapten berpendapatan tinggi mereka dalam usaha merombak bil gaji.
 
Perbandingan dengan bekas midfielder Liverpool, Javier Mascherano tidak dapat dielakkan berdasarkan persamaan mereka, pendekatan konfrontasi di posisi yang dikenali di Argentina selaku 'peranan No.5'.

RETAK LAGI


Jack Wilshere memberitahu kecederaan terbarunya adalah keretakan di buku lalinya.
 
Wilshere, 20, mentweet: "Ia bukan di bahagian saya di tempat kecederaan pertama saya pulih dan ia menggembirakan saya."
 
"Saya ada keretakan tekanan yang berlaku di buku lali ketika ini dan saya tak tahu berapa lama ia akan pulih."
 
"Saya akan mengemaskini status kepada anda beberapa minggu lagi apabila saya lebih mengetahuinya!"
 
Arsenal menunggu lebih banyak imbasan di hujung bulan ini bagi mendapatkan situasi yang jelas.
 
Jurucakap kelab berkata: "Jack ada keretakan kecil di kaki kanannya namun ia tidak tepat untuk mengatakan beliau akan diketepikan untuk baki musim."

KAMI BELUM GAGAL


Arsene Wenger memberitahu Arsenal masih boleh menamatkan musim di tempat ke Liga Juara-juawa walaupun melihat pasukannya merosot ke tempat ketujuh.
 
Gunners hanya memenangi satu dari enam perlawanan liga terakhir mereka.
 
Namun Wenger menegaskan: "Sudah pasti saya yakin dengan penamat empat teratas. Ia masih jauh lagi."
 
"Kami telah mengharungi tempoh yang sukar. Kami kalah tiga perlawanan tapi kami juga boleh memenanginya."
 
"Bagi kami, setiap perlawanan di liga kini adalah perlawanan akhir piala."
 
"Kami fikir kami telah mencicirkan dua mata kerana kami ada peluang untuk memenangi perlawanan — tapi dari aspek positif kami tidak kalah dan tidak melepaskan gol."

WILSHERE BERTAMBAH DERITA


Midfielder Arsenal,  Jack Wilshere tampak hampir pasti tidak bermain sepanjang musim ini selepas imbasan terbaru menunjukkan masalah kecederaan beliau lebih membimbangkan dari apa yang dijangkakan sebelum ini.
 
Pemain berusia 20 tahun ini juga amat diragui tempatnya untuk kempen Kejohanan Eropah 2012 England selepas hampir pasti tidak bermain untuk kelabnya musim ini.
 
Wilshere terlepas kempen musim ini kerana kecederaan retak buku lali kaki kanan dan ia memerlukan pembedahan.
 
Beliau dijangka kembali menjalani latihan bulan ini namun tercedera semasa latihan minggu lepas.
 
Wilshere sejak dari itu menjalani siri imbasan untuk memastikan tahap kecederaannya dan keputusan menunjukkan beliau mengalami satu lagi keretakan di buku lali yang sama.

ARSHAVIN BALIK KAMPUNG


Andrey Arshavin mungkin akan pulang ke  Russia... bulan hadapan.
 
Kelab kaya-raya Anzhi Makhachkala mahu mendapatkan pemain sayap Arsenal itu manakala Zenit St Petersburg turut berminat.
 
Jendela perpindahan Russian tidak akan ditutup hingga 24 Februari nanti dan Arshavin yang diletakkan pada harga £5 juta mungkin boleh berpindah ketika itu.
 
Sementara itu, legenda Gunners, Emmanuel Petit telah mengkritik pasukannya sebagai  "mudah diramalkan".
 
Midfielder juara berganda berusia  41 tahun itu berkata: "Dengan pemergian Cesc Fabregas dan ketiadaan Jack Wilshere, pasukan menjadi mudah diramalkan.
 
"Ke mana menghilang stail permainan Arsenal? Ia hilang begitu saja, usaha keras bertahun-tahun. Ia sangat mengecewakan."