Tuesday 13 March 2012

DUO ARSENAL CERGAS


Arsene Wenger berkata Abou Diaby mungkin kembali beraksi menentang Everton minggu depan. Sementara itu, Andre Santos juga kian hampir kembali.
 
Wenger menyatakan midfielder, Diaby yang tercedera semasa menentang Liverpool awal bulan ini dalam kemunculan semula daripada masalah hamstring jangka panjang, mungkin memainkan peranan semasa bertemu The Toffees di Goodison Park Rabu depan.
 
sementara Santos, dia akan bersama skuad simpanan menentang West Brom pada malam Rabu bagi mendapatkan sedikit masa bermain sebelum boleh membuat kepulangan dengan skuad utama.
 
Wenger berkata di laman web rasmi Arsenal, "Diaby sudah tak jauh, Santos Saya rasa akan bermain pada malam Rabu dalam skuad simpanan menentang West Brom. Dia akan memerlukan 90 minit."
 
"Diaby sepatutnya kembali bagi aksi Everton, dia mempunyai sedikit peluang."
 
Midfielder Gunners,Jack Wilshere tidak bermain musim ini akibat isu kecederaan kaki, namun boleh kembali bagi meningkatkan kempen Euro 2012 England pada musim panas.
 
Wilshere, 20, masih dalam pemulihan, namun, Wenger menambah, "Jack (Wilshere) semakin baik."

VERTONGHEN MAHU KE ARSENAL


Tottenham mungkin menghadapi persaingan untuk menandatangani Jan Vertonghen pada musim panas selepas bek Ajax itu mendedahkan dia berminat beralih ke Arsenal.
 
Kontrak Vertonghen di Amsterdam tamat tempoh pada Jun berikutnya dan bek itu dilihat bakal berpindah pada musim panas.
 
Dia berkata dalam Daily Express, "Ejen Saya tahu kelab mana yang saya akan pergi. Arsenal jelas salah satu daripadanya. Ajax kini sibuk cuba mencari penyelesaian bagi menggantikan saya."
 
Warga Belgium, yang hadir melalui akademik Ajax, tidak merahsiakankeinginannya menyertai sisi Liga Perdana.
 
Namun, sisi Belanda itu muncul sebagai pencabar lewat untuk gelaran Eredivisie dan Vertonghen kini fokus terhadap kempen semasa mereka.
 
"Siapa yang tak mahu bermain di kelab terkemuka England?" jelas bek itu kepada NU Sport. "Jika kelab yang bagus (berminat), saya akan mendengar tentangnya daripada ejen saya."
 
"Tapi terlebih dahulu, saya mahu fokus sepenuhnya pada kejuaraan."

Sunday 11 March 2012

ROSICKY SAIN KONTRAK 2THUN


Tomas Rosicky bakal menandatangani perjanjian baru dua tahun dengan Arsenal, ketika pengurus, Arsene Wenger memberi ganjaran terhadap pemain berusia 31 tahun itu yang menikmati prestasinya musim ini.
 
Rosicky ketika ini sedang menikmati tempoh terbaik di Arsenal sejak langkah £10 juta dari Borussia Dortmund pada 2006, menjaringkan gol penting menentang Tottenham dan kemudiannya ketika bertemu AC Milan beberapa minggu belakangan ini.
 
Walaupun terlepas anugerah Pemain Terbaik Bulanan kelab, dia telah dipuji oleh peminat ketika membantu menghidupkan peluang Gunners ke penamat empat teratas.
 
Kapten Czech itu sebelum ini bergelut menonjolkan diri dalam Liga Perdana, mengalami beberapa kecederaan serius termasuk kerosakan tendon hamstring pada musim keduanya, yang menyaksikan dia berehat selama 18 bulan selepas pembedahan.
 
Rosicky akhirnya kembali beraksi, namun setelah mengalami beberapa masalah kecederaan yang lain dan gagal menyesuaikan diri di peranan baru di sayap kiri, ramai yang terkejut apabila Arsene Wenger memperbaharui kontraknya pada 2010, memilih untuk menyimpan pemain yang telah bermain hanya 44 kali dalam tiga musim.
 
Walau bagaimanapun, dengan Rosicky kini membuktikan dirinya sebagai pemain utama sepanjang beberapa bulan lepas, Wenger telah beralih memberikan ganjaran berdasarkan kemajuan dengan perjanjian baru dua tahun.

PODOLSKI KE ARSENAL SKET LG


Striker Koln, Lukas Podolski meredakan kenyataan telah bersetuju untuk menyertai Arsenal pada musim panas.
 
Laporan pada hari Rabu mendakwa Podolski, 26, dalam perjalanan ke Stadium Emirates selepas yuran dan terma peribadi berjaya dicapai, namun dia menegaskan langkah tersebut masih belum lengkap selepas memilih untuk menjelaskan kedudukannya.
 
"Berbeza dengan laporan beberapa hari lepas, tiada apa yang telah diputuskan lagi," kata Podolski. "Jika ada sesuatu untuk dilapor, maka saya akan melakukannya."
 
Sentimen Podolski juga diulangi oleh bekas pengarah sukan Koln, Volker Finke, yang tidak menafikan rundingan berlaku berhubung potensi perpindahan, namun memilih untuk kekal dalam persoalan apabila ditanya mengenai butiran perjanjian itu sendiri.
 
"Isu terakhir masih belum selesai," jelas Finke. "Itu sebahagian daripada urusan, jadi ia secara umum dipersetujui hanya apabila segalanya jelas dan semuanya ditandatangani. Apabila tiba kepada perpindahan, seperti yang dibincangkan di akhbar, barulah pihak yang terlibat boleh membuat komen."
 
"Ia masih belum selesai, jadi kami tiada sebarang komen."

SPURS TIADA HARAPAN KE UEFA


Penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny mengejek Tottenham dengan mendakwa kelab itu akan bermain di Liga Eropah musim hadapan.
 
Szczesny, pemain yang tidak pernah menyembunyikan rasa meluatnya terhadap Spurs, turut mendakwa pesaing setempat the Gunners itu akan terus gentar dengan pasukannya berikutan prestasi memberangsangkan lewat ini.
 
Arsenal menghabiskan majoriti musim ini di belakang Tottenham di Liga Perdana Inggeris namun tiga kemenangan berturut-turut telah memberikan keyakinan kembali kepada anak buah Arsene Wenge.
 
Arsenal empat mata di belakang seteru London mereka itu berikutan kejayaan  5-2 ke atas Spurs dan disusuli dengan kemenangan yang cukup bernasib baik di Liverpool.
 
Szczesny kini mahu menewaskan Spurs untuk tempat ketiga dan malahan mendakwa kelab jiran itu mungkin tergelincir ke tempat kelima selepas kekalahan berturut-turut.
Penjaga gol Arsenal itu berkata: "Saya tidak berpuas hati sekarang untuk tempat keempat."
 
"Kami empat mata di belakang satu lagi kelab London utara — saya tak mahu menyebut namanya – dan harapnya kami boleh mencabar mereka."

RVP KE AC MILAN?


Wakil Robin van Persie mendakwa yang striker Arsenal itu terbuka untuk berbincang dengan AC Milan setelah kedengaran spekulasi mengaitkan dia dengan perpindahan ke San Siro.
 
Khabar angina kedengaran melalui media Itali menyebut Milan, yang mara ke suku akhir Liga Juara-juara, sedang memburu tandatangan striker prolifik tersebut.
 
Pemain kebangsaan Belanda itu, yang menjaringkan 32 gol buat Arsenal musim ini, bakal tamat kontrak di Emirates Stadium pada 2013 dan telah menangguhkan perbincangan berkaitan perjanjian baru sehingga musim panas ini.
 
Dua agen Van Persie, Jeroen Hoogewerf and Cornelis Vos, bersedia berbincang dengan Rossoneri.
 
Striker itu turut telah dikaitkan dengan perpindahan ke pesaing Liga Perdana, Manchester City, dengan pengurus Roberto Mancini mengesahkan tentang minat tersebut.
Namun, bos dari Itali itu percaya Van Persie akan kekal di utara London melepasi musim ini.
 
Hoogewerf dan Vos enggan memberi komen berkaitan prospek dia menandatangani perjanjian baru di Arsenal, dan menambah: "Kami tak mahu komen dan tambah tentang khabar tersebut."

ROSICKY HEBAT


Penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny memuji prestasi Tomas Rosicky.
 
Pemain antarabangsa Republik Czech mempamerkan aksi mengagumkan dalam kemenangan ke atas Tottenham, Liverpool dan AC Milan baru-baru ini, bermain 90 minit penuh dalam semua tiga perlawanan dan menjaringkan dua gol.
 
Szczesny memuji paparan pemain berusia 31 tahun itu dalam kemenangan 3-0 menentang AC Milan di Liga Juara-juara pada hari Selasa dan berkata rakan sepasukan telah memberi perbezaan buat The Gunners pada separuh pertama.
 
"Dia hebat sepanjang beberapa minggu ini, menjaringkan gol menentang Tottenham dan merupakan hero saya pada perlawanan itu," katanya kepada laman web rasmi kelab. "Dia sekali lagi hebat di sini (menentang AC Milan) dan diharapkan dia boleh meneruskannya kerana apabila dia main sebegitu, dia seorang pemain yang hebat."
 
"Dia juga boleh mengatasi pemain di tengah. Saya rasa kami menguasai bahagian tengah pada babak pertama dan dia membuat perbezaan. Dia hebat."
 
Perjanjian semasa Rosicky di Emirates berakhir pada musim panas tetapi midfielder itu dipercayai akan memuktamadkan rundingan mengenai kontrak baru dengan kelab sebelum akhir kempen.