Saturday 31 December 2011

HENRY WELCOME TO ARSENAL AGAIN


Thierry Henry mengambil bahagian dalam program kecergasan intensif di Arsenal bagi mempersiapkan dirinya ke kepulangan ke Liga Perdana Inggeris.

Penyerang legenda berusia 34 tahun ini bakal kembali ke kelab secara pinjaman sehingga bulan Mac dengan pegawai Arsenal sedang mengadakan perbincangan bersama New York Red Bulls dan MLS.

Walaupun Henry telah berlatih bersama bekas kelabnya itu semasa rehat musim MLS, beliau masih belum 100 cergas-perlawanan dan baru saja pulang dari percutian di Mexico.

Henry kini akan menjalani latihan tambahan di luar skuad pasukan utama bagi memastikan dirinya bersedia untuk kepulangan mengejut ini.

Jika poegawai Red Bulls dan MLS meluluskan perpindahan ini, Henry hampir pasti akan melakukan kepulangannya menentang Leeds di Piala FA pada 9 Januari nanti.

Arsenal bersetuju untuk membayar gaji Henry £70,000 seminggu sambil mereka turut akan menanggung insuransnya.

Sementara itu, penyerang Marouane Chamakh hampir pasti akan berpindah bulan hadapan manakala  Arsenal berharap dapat merekrut penyerang Cologne dan Jerman bernilai  £16 juta, Lukas Podolski.

Friday 30 December 2011

ARSENAL MAU ISAAC


Arsenal dan Chelsea sedang memantau perkembangan kontrak antara Barcelona dan striker remaja, Isaac Cuenca.
 
Cuenca, 20, masih belum mempersetujui terma baru dan akan tamat kontrak pada musim panas, jadi dia bebas untuk bercakap kepada kelab lain dalam Tahun Baru.
 
Sementara itu, Barcelona sedang mempertimbangkan mengaktifkan klausa dalam perjanjian mereka dengan Chelsea untuk Oriol Romeu.
 
Perjanjian itu difahami menetapkan bahawa Barcelona akan boleh membelinya kembali selepas musim pertama pada nilai £8 juta.

Thursday 29 December 2011

SALAH KITA


Arsene Wenger berkata Arsenal hanya 'perlu salahkan diri mereka sendiri' selepas melepaskan peluang mendaki tangga Liga Perdana.
 
Wenger jelas tidak gembira menyaksikan Gunners dihalang aksi hebat penjaga gol, Wayne Hennessey dan pasukan 10 pemain Wolves yang menghalang pasukannya mengatasi kedudukan liga Chelsea.
 
Bos Arsenal, Wenger berkata: "Akan ada banyak situasi lagi. Itu yang sangat mengecewakan. Itu merisaukan. Anda perlu ambil peluang anda."
 
"Saya lebih kecewa dengan keputusan berbanding persembahan dan semangat. Anda tak boleh salahkan sikap kami, komitmen dan keinginan untuk kami menang perlawanan."
 
"Jika kami terlepas peluang hebat, kami masih perlu teruskan dan ambil perkara positif dari persembahan kami. Kami harus belajar yang apabila kami mendahului 1-0 kami agak selesa di beberapa bahagian."
 
"Kami terperangkap di kedudukan 1-1, ketika kami hanya perlu salahkan diri sendiri. Penjaga gol nikmati perlawanan terbaik dalam kariernya. Tahniah buatnya. Saya tak tahu berapa banyak percubaan kami buat ke arah gol. Ia jenis perlawanan yang anda akan main 20 kali dan menang 19 dan seri sekali."

HENRY PULANG KE RUMAH


Arsene Wenger telah membayangkan penyerang yang memegang rekod Arsenal, Thierry Henry masih boleh kembali ke bekas kelabnya selepas menyaksikan pasukannya hampa terikat 1-1 dengan Wolves malam Selasa lalu.
 
Wenger terdesak mencari penyerang untuk mengurangkan beban yang digalas penyerang utamanya ketika ini, Robin van Persie dan turut memerlukan pengganti untuk Gervinho dan Marouane Chamakh, yang masing-masing akan beraksi di Kejohanan Piala Negara Afrika bulan hadapan.
 
Pemain berusia 34 tahun itu menyaksikan perlawanan dengan Wolves dari bangku penonton di the Emirates. Beliau kali terakhir bermain di stadium tersebut untuk Red Bulls semasa Piala the Emirates Cup bulan Julai lepas.
 
Ditanya jika beliau semakin hampir menyetujui satu perjanjian dengan Henry, yang bermain di the Emirates di tahun terakhirnya di Arsenal di musim 2006/07 sebelum berpindah ke Barcelona, Wenger menjawab: "Tidak, tiada apa yang berlaku sejak minggu lepas. Saya tidak menjangkakan apa-apa ketika ini, hanya mahu bertenang."

Tuesday 27 December 2011

CHAMAKH NK KE MANA


Marouane Chamakh telah mengakui dia hampir pasti meninggalkan Arsenal musim panas ini, namun dia tidak rasa dia akan menamatkan perjalanan bola sepak Inggerisnya lagi.
 
Striker Maghribi itu telah gagal mencipta impak di Emirates Stadium dan telah hanya menjaringkan lapan gol Liga Perdana dalam tempoh 18 bulan sejak perpindahan percumanya dari Bordeaux.
 
Prestasi Robin van Persie bermakna pemain berusia 27 tahun itu tidak akan dapat selalu diturunkan dalam pasukan Arsene Wenger pada separuh kedua musim dan dia telahpun berfikir tentang masa depannya.
 
Bordeaux telah memberitahu mereka akan berminat untuk menandatangani semula Chamakh dan Paris Saint-Germain turut telah dikaitkan dengan perpindahan untuknya, namun pemain itu enggan pulang semula ke Perancis.
 
Dia berkata: "Keutamaan saya adalah untuk kekal di Liga Perdana. Saya akan timbangkan kebaikan dan keburukan kerana saya terima banyak tawaran dari luar negara, namun saya mahu kekal di England."
 
Chamakh menambah dia akan kecewa meninggalkan Arsenal, kerana dia sentiasa mempunyai impian untuk beraksi buat kelab tersebut, namun menegaskan dia tidak boleh meneruskan kariernya di bangku simpanan.
 
"Saya tak boleh hidup dengan situasi ini selamanya. Saya 27, saya seorang pesaing, saya mahu bermain," katanya.

Monday 26 December 2011

RVP PERLU REHAT


Arsene Wenger telah memberi amaran dia mungkin terpaksa menjadi 'Uncle Scrooge' – dan menghalang Robin van Persie dari mencipta sejarah Liga Perdana.
 
Kapten Arsenal, Van Persie memerlukan tiga gol lagi untuk memecahkan rekod 36 gol Liga Perdana dicipta Alan Shearer dalam satu tahun kalendar.
 
Wenger mengakui ia akan membuatnya sangat tidak popular jika dia merehatkannya ketika menentang Wolves esok atau QPR pada ambang Tahun Baru bagi membolehkan dia diturunkan ketika berkunjung ke Fulham pada 2 Januari.
 
"Akan perlukan tenaga tinggi daripadanya, namun saya masih belum tahu lagi, kami akan lihat situasi selepas setiap perlawanan," kata pengurus itu.
 
"Saya tak mahu hentikannya. Saya sangat gembira jika dia catat rekod itu, namun harap dia dapat gabungkan rekod dengan kekal cergas. Anda rasai keghairahannya, situasi kesihatannya dan anda tahu sejarah prestasinya. Kemudian barulah anda buat keputusan."
 
Van Persie, kini dengan 34 gol dalam 34 perlawanan, telah menyamai rekod Thierry Henry dan menegaskan dia lebih fokus tentang membantu pasukan berbanding mengatasi rekod tersebut.
 
Van Persie telah menjadi tunjang utama Arsenal pada 2011 namun Wenger sangat yakin yang penyerang Belanda itu akan jadi lebih hebat pada 2012.



COQUELIN MAU GAJI LEBIH SKET


Francis Coquelin kini dalam rundingan berhubung perjanjian baru selama empat tahun di Arsenal.

Midfielder Perancis, 20, mungkin akan dipinjamkan pada Januari untuk meraih peluang skuad utama.

Wolves mengetuai senarai panjang kelab yang berminat mendapatkannya tetapi bos, Mick McCarthy menghadapi persaingan daripada sisi Perancis seperti Nancy, Lille dan Nice.

Bos Gunners, Arsene Wenger berminat memberi ganjaran kepada pemain, yang menghasilkan aksi memberangsangkan musim ini dengan sembilan perlawanan selaku kesebelasan utama.

Tonggak Perancis bawah-20 itu bakal menandatangani perjanjian dalam beberapa minggu lagi, memberinya kenaikan bagi gaji mingguan semasanya, yang kurang daripada £10,000.

Saturday 24 December 2011

RVP TAK MAU KALAH


Robin van Persie percaya Arsenal masih boleh mempertimbangkan pasukan mereka sebagai pencabar kejuaraan liga.

Penyerang Belanda yang menjaringkan gol liga ke 34 dalam masa setahun telah menyamakan rekod kelab yang dipegang Thierry Henry, tidak bersetuju dengan pendapat pengurusnya, Arsene Wenger mengenai matlamat mereka di Liga Perdana Inggeris.

Beliau berkata: "Kenapa tidak? Kami setiap hari mengingatkan yang kami mencabar di setiap minit perlawanan dan kami akan tunggu adakah ia akan mendorong kami.

"Kami baru bermain 17 perlawanan, masih belum separuh musim dan apa saja boleh berlaku dalam liga ini."

Van Persie merujuk kepada keputusan perlawanan yang pelik di kalangan kelab besar divisyen sebagai bukti bahawa tiada apa yang mutlak dalam musim ini.

Beliau menambah: "Keputusan kami menentang Manchester United [kalah  8-2] menjadi sedikit kejutan. Keputusan kami di [menang 5-3] Chelsea merupakan satu  kejutan besar dan kemudian Manchester City menewaskan Manchester United 6-1.

"Jadi apa saja tidak mustahil."

ANRSHAVIN BALIK KAMPUNG?


Zenit St Petersburg mengakui berminat membawa pulang Andrey Arshavin ke Russia.

Penyerang Arsenal berusia 30 tahun itu sedang bergelut dengan kemerosotan prestasinya dan turut mengaku mahukan waktu permainan yang lebih kerap.

Pengarah teknikal Zenit, Igor Korneev memberitahu akhbar Russia, Sovietsky Sports: "Kami sentiasa berminat dengan Andrey tapi buat masa ini saya tak dapat beri jaminan atau menolak bahawa kami sedang mengusahakan perkara ini."

Arsenal membayar Zenit £12 juta untuk Arshavin hampir dua tahun yang lalu namun dengan baki hanya dua tahun dalam kontraknya, nilai pemain ini pasti jatuh mendadak.

Arsenal tidak mungkin melepaskan Arshavin pada Januari ini melainkan mereka membuat penambahbaikan tapi kini semakin yakin dapat membeli penyerang Cologne, Lukazs Podolski.

WENGER PUJI BENTENG ARSENAL


Pengurus Arsenal, Arsene Wenger telah memuji peningkatan prestasi benteng pasukannya sejak kekalahan 8-2 di tangan Manchester United pada Ogos.

Selepas Gunners menang 2-1 di Aston Villa Rabu lalu, kelab utara London itu kini telah merakamkan lapan kemenangan daripada 10 perlawanan liga terakhir, melepaskan hanya sembilan gol, satu statistik yang menggembirakan warga Perancis itu.

"Kami dah stabil di benteng," katanya melalui laman web rasmi kelab. "Rekod benteng kami sejak kalah 8-2 di Manchester United telah meningkat secara mendadak dan anda dapat lihatnya sekali lagi. Pada babak pertama kami mendominasi dengan baik namun walaupun sewaktu di babak kedua kami diberi tekanan, kami masih kekalkan bentuk benteng kami.

"Kami berjaya atasi satu atau dua situasi sukar namun ada peningkatan di situ."

Friday 23 December 2011

SAYA HANYA TONTON ARSENAL N BARCA


Robin van Persie mendedahkan dia hanya menonton perlawanan Arsenal dan Barcelona di TV, kerana menganggap hanya mereka sisi yang bermain 'bola sepak cantik'.
 
Kapten Gunners, yang kontraknya tamat pada 2012, dikaitkan dengan perpindahan keluar The Emirates pada Januari dengan pendahulu liga, Manchester City memantau situasinya.
 
Namun, ketika Van Persie sedar aksi menyerang tidak boleh sentiasa menjadi keutamaan dalam memungut mata, dia akui bahawa selaku warga bola sepak sejati, terdapat hanya dua pasukan yang disukainya, dan salah satu daripada mereka bukanlah City.
 
"Tiada siapa yang boleh bermain bola sepak indah sepanjang masa," kata warga Belanda itu.
 
"Apabila ini berlaku, saya beritahu pemain kami, 'Jika itu tak berlaku kepada anda, cuba bunuh permainan supaya kami boleh bergerak maju'."
 
"Saya masih penggemar permainan indah ini dan sentiasa akan menyukainya, tapi saya perlu lebih realistik."
 
"Adalah terlalu romantik untuk berfikir bahawa anda boleh memenangi perlawanan dengan bermain bola sepak yang indah sahaja."
 
"Barcelona dikecualikan dan saya perlu mengakui mereka dan Arsenal adalah pasukan yang saya sering tonton di kaca TV."

KAMI BOLEH MENANG CARA SUSAH


Arsene Wenger menyaksikan Arsenal mencatatkan kemenangan di minit akhir perlawanan di Villa Park dan berkata: Kami sedang belajar bagaimana untuk menang dengan cara yang susah.
Yossi Benayoun menjaringkan gol kemenangan tandukan di minit ke 87.
Wenger berkata: "Malam ini sangat luar biasa buat kami kerana kami menjaringkan gol dengan dua set-pieces — dan pada dasarnya ia satu sejarah buat kami!
"Ia perlawanan yang sangat sengit. Tapi semangat kami sangat cemerlang, ia sebabnya kami dapat bangkit dari permulaan musim yang buruk dan menghasilkan siri pencapaian yang mantap."
Robin van Persie meletakkan Arsenal mendahului dari sepakan penalti sebelum Marc Albrighton menyamakan kedudukan untuk Villa dengan gol ke 20,000 Liga Perdana Inggeris.
Wenger menambah: "Kami bernasib baik kerana memperolehi tiga mata kerana Villa cukup berbahaya."
"Tapi kami baru selesai dua perlawanan yang sukar di tempat lawan jadi kami perlu berhabis-habisan dari segi fizikal."
"Kami kurang bernasib baik untuk kalah di Manchester City hari Ahad ini – mungkin malam ini kami sedikit bertuah untuk menang."

Tuesday 20 December 2011

WENGER PUTUS HARAPAN


Arsene Wenger mengakui Arsenal boleh melupakan harapan untuk memenangi liga selepas kalah kepada pendahulunya, Manchester City.
Kekalahan ini meletakkan the Gunners ketinggalan 12 mata dari puncak liga dan walaupun masih ada lagi 22 perlawanan, pengurus kelab di the Emirates itu tahu ia jurang yang amat besar untuk ditutup.
Wenger berkata: "Ketika ini ia akan menjadi tugas sukar untuk merapatkan jurang dengan City."
"Malangnya ia perlawanan di mana kami tidak boleh kalah kerana ia meletakkan kami jauh di belakang City."
"Jika kami menang perlawanan tersebut ia akan meletakkan kami enam mata di belakang dan dengan pemain bek kami akan kembali termasuk Jack Wilshere dan Abou Diaby."
"Kami akan ada skuad yang lebih baik di separuh kedua musim."
"Sudah tentu kami akan mencuba tapi inilah perlawanan di mana kami tidak boleh kalah dan itu sebabnya ia sukar untuk diterima."
"Kami akan terus berjuang dan ada banyak perkara yang positif. Ketika ini kami perlukan dorongan dan mata dan kami hanya ada dorongan."

Sunday 18 December 2011

CITY MAHU RVP


Manchester City akan menawarkan Robin van Persie kontrak £41.6 JUTA untuk menyertai mereka pada musim panas ini.
 
Kelab pendahulu Liga Perdana Inggeris kaya-raya ini yakin mereka boleh mendapatkan penyerang Arsenal tersebut dengan tawaran £30 juta.
 
City selesa dengan andaian bahawa Van Persie tidak akan menandatangani kontrak baru di the Emirates dan akan mengikuti jejak langkah Samir Nasri, Kolo Toure dan Gael Clichy ke the Etihad.
 
Van Persie tinggal 18 bulan dalam kontrak gaji £80,000 seminggu namun City sedia menawarkannya kontrak empat tahun bersama gaji mingguan £200,000.
 
Van Persie hanya ada satu trofi Piala FA untuk dibanggakan sepanjang tujuh tahun bersama Arsenal.
 
Beliau dalam prestasi terbaiknya dan telah menjaringkan 33 gol Liga Perdana Inggeris untuk Arsenal dalam tahun 2011.
 
Ia hanya meletakkan beliau kurang satu gol di belakang bekas penyerang Gunner Thierry Henry dan empat untuk memecahkan rekod 36 gol Alan Shearer yang dilakukan pada tahun 1995.

Saturday 17 December 2011

PODOLSKI BERI PEMBAYANG


Penyerang Jerman Lukas Podolski telah memberikan petunjuk besar bahawa beliau telah bersedia untuk menyertai Arsenal selepas mengakui  perpindahan ke luar negara satu kemungkinan apabila meninggalkan Cologne kelak.

Bos Gunners Arsene Wenger telah pun mendedahkan beliau mencari penyerang baru dan Podolski semakin memarakkan spekulasi denagn mengatakan kesediaannya menyertai kelab utara London tersebut seperti komen terbarunya.   

‘Saya rasa sangat sukar untuk membayangkan berubah ke kelab lain di Bundesliga,’ kata Podolski.

‘Kalau saya tinggalkan Cologne, menyertai kelab luar menarik perhatian saya. Apabila saya melihat pertanyaan yang ada mengenai saya, saya mencari jika ada kelab yang bermain di tahap antarabangsa atau di Liga Juara-juara.’

Schalke 04 baru-baru ini memberitahu cukup berminat dengan Podolski, tapi Arsenal kini di kedudukan selesa untuk memiliki pemain berusia 26 tahun itu yang telah pun menjaringkan 14 gol musim ini. 

Kontrak pemain antarabangsa Jerman ini berakhir pada tahun 2013, membuatkan belanja sekitar £16 juta bakal diperlukan untuk membelinya pada Januari nanti atau £10 juta pada musim panas. 


Thursday 15 December 2011

WENGER MAHU BELANJA JANUARI INI


Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengakui dia boleh terdorong ke dalam jualan Januari jika "peluang muncul".
 
"Kami kehilangan pemain seperti Chamakh dan Gervinho bagi Piala Negara Afrika, jadi diharapkan tiada sebarang kecederaan kepada striker kami. Tapi jika peluang muncul, maka kami akan membeli," Wenger memberitahu penyokong dalam sesi soal jawab di Stadium The Emirates.
 
Walau bagaimanapun, pengurus Arsenal merasakan iklim kewangan semasa kini "agak istimewa".
 
Wenger menambah, "Dari segi ekonomi, seluruh persekitaran telah berubah dan peminat lebih menderita. kelab akan derita lebih isu kewangan dan itu lebih sukar."
 
"Mungkin kami akan mempunyai beberapa peluang kerana kami berada dalam keadaan kewangan yang baik."
 
Walaupun kapten Korea Selatan, Park Ju-young dan warga Rusia Andrey Arshavin juga menawarkan pilihan serangan, Wenger mungkin bakal membawa masuk pengganti lain, dengan kemungkinan pemain FC Koln, Lukas Podolski antara mereka yang berkemungkinan tiba jika kena dengan harganya.
 
Bagi posisi lain, midfielder Sochaux iaitu Kevin Anin dikatakan berada dalam radar Wenger, begitu juga tonggak Anderlecht, Luca Biglia.

WENGER SEDIA DAPATKAN BENZEMA


Arsenal sedang menyediakan langkah untuk tonggak Real Madrid, Karim Benzema, demikian menurut laporan di Sepanyol.
 
Bos Gunners, Arsene Wenger telah meletakkan striker Perancis itu di kedudukan tertinggi dalam senarainya di sebalik kebimbangan tentang masa depan Robin van Persie, yang akan kontrak dalam masa 18 bulan dan masih belum memulakan rundingan melanjutkan perjanjiannya di Emirates.
 
Real Madrid telah dikaitkan dengan sambaran musim panas untuk Van Persie dan pemain Belanda itu boleh digunakan dalam urus niaga pertukaran.
 
Wenger merupakan peminat jangka panjang Benzema, yang telah menjaringkan 14 gol dalam 23 penampilan musim ini.

Tuesday 13 December 2011

EVERTON GODA HENRY


Bos Everton David Moyes mencuba nasib mendapatkan Thierry Henry untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris.
 
Henry, ketika ini berlatih dengan Arsenal sepanjang cuti musim MLS dan turut menghadiri majlis ulangtahun ke 125 Arsenal.
 
Moyes terdesak untuk memperkuatkan bahagian serangannya pada Januari ini dan gembira untuk meminjam Henry dari New York Red Bulls. Henry bakal pulang untuk kem latihan Red Bulls pada 15 Januari ini.
 
Everton melakukan urusan serupa dengan LA Galaxy dan Landon Donovan sebelum ini dan Moyes mengakui beliau sempat berbual dengan Henry.
 
Moyes berkata: “Saya dah pun tanya padanya (Henry) semasa masuk ke majlis. Saya bertanya: jika kamu mahu bermain beritahu saya.”
 
Moyes, yang mengeluarkan Louis Saha di pertengahan separuh masa kedua dan menggantikannya dengan bek tengah Sylvain Distin, menegaskan beliau mahu mendapatkan penyerang dan menambah: “Saya berharap kami dapat melakukan sesuatu.”
 
Henry telah menyatakan dengan jelas yang beliau tidak berhasrat untuk menyertai semula Arsenal walaupun dengan kontrak jangka masa pendek.

WILSHERE TGGU JANUARI


Midfielder Arsenal, Jack Wilshere menyatakan dia harus kembali beraksi pada Januari setelah diketepikan akibat kecederaan sejak musim panas.
 
Wilshere, 19, tercedera semasa tugasan antarabangsa dan situasi bertambah buruk menyebabkan dirinya memerlukan pembedahan pada September.
 
Dia berkata, pemulihan sedang dilakukan dan dia harus sedia bagi pemilihan pada awal tahun baru.
 
"Segalanya berjalan lancar, saya bekerja keras di gym setiap hari dan semakin baik di Arsenal," kata Wilshere.
 
"Kami mempunyai beberapa isu kecederaan di Arsenal pada tahun-tahun belakangan ini, seperti Aaron Ramsey, tapi mereka membantu saya melaluinya."
 
"Saya tak boleh letakkan tarikh tertentu, tetapi mungkin padaJanuari. Saya harap semuanya berjalan lancar."
 
Namun kembali semula ke prestasi mereka dan beralih ke kedudukan kelima dalam carta, Wilshere berkata cabaran bagi gelaran mampu diharungi oleh The Gunners.
 
"Kenapa tidak? Manchester City kegemaran yang kuat tetapi jika kami teruskan perjalanan kami, kami akan terus merapatkan diri," katanya.

Monday 12 December 2011

HILANG SANTOS TAMPARAN BG ARSENAL


Arsene Wenger gusar Andre Santos mungkin diketepikan untuk satu tempoh jangka panjang.
 
Bek kiri Arsenal itu cedera buku lalinya malam Selasa minggu lalu ketika tewas 3-1 di tangan Olympiakos dan pada awalnya dia dijangka hanya diketepikan selama tiga minggu.
 
Bos Wenger berkata: "Berita buruk adalah kami dah hilang Santos untuk satu tempoh masa kerana kecederaan buku lali itu lebih teruk dari yang dijangka."
 
"Berapa lama dia akan diketepikan, kami tak tahu. Namun ia akan lebih dari tiga minggu, itu sudah pasti."
 
"Dia semestinya diketepikan sepanjang tempoh Krismas. Dengan Kieran Gibbs masih belum boleh beraksi, kami ada masalah di kedua belah sayap dengan dua bek kanan dan dua bek kiri tiada."

ARSENAL PERLU BERSAING DENGAN SCHALKE




Arsenal mungkin berdepan dengan saingan dari Schalke untuk pemain sasaran utama mereka, Lukas Podolski bulan hadapan.
 
Pemain antarabangsa Jerman ini dijangka meninggalkan Cologne bulan hadapan dan the Gunners telah memerhatikannya ketika mereka bersiap-sedia melepaskan penyerang hambar, Marouane Chamakh.
 
Podolski hampir pasti akan menelan kos perpindahan £20 juta, memberikan Arsenal kelebihan. Bagaimanapun, bekas pemain Bayern Munich itu masih mahu terus menetap di Bundesliga.
 
Schalke mahukan pemain berusia 26 tahun ini untuk menggantikan Raul, yang kontraknya akan tamat di penghujung musim selepas dua tahun bersama kelab.
 
Podolski masih belum berunding dengan Arsenal mengenai perpindahannya tapi bulan lepas memberitahu yang ia adalah 'sebuah kelab besar. Mereka ada pasukan yang bagus dan bermain di tahap tertinggi di England.'

Saturday 10 December 2011

Arsenal VS Everton 1-0 Robin van Persie 10.12.2011

ALEX KE ARSENAL?


Arsenal mahu membuat kejutan tawaran separuh harga untuk pemain buangan Chelsea, Alex ketika  Arsene Wenger nampak mahu memperkuatkan bahagian pertahanan tengahnya bulan hadapan.

Alex telah diletakkan dalam senarai perpindahan oleh Andre Villas-Boas selepas tidak lagi menjadi pilihan pasukan utama di Stamford Bridge dan kini menjadi sasaran Juventus.

Wenger memang mengagumi pemain berusia 29 tahun tersebut dan telah membuat dua pertanyaan mengenai kedudukan Alex pada musim panas lepas namun kedua-duanya ditolak.

Bagaimanapun,  Arsenal mungkin bertuah pada Januari ini melihat kepada status perpindahannya.

Dengan Per Mertesacker masih lagi menyesuaikan diri dengan kepantasan aksi Liga Perdana Inggeris,  Wenger berminat menambah pemain berpengalaman di divisyen teratas di bahagian pertahanannya.

Pengurus Tottenham, Harry Redknapp juga berminat namun pilihan utamanya kekal pemain Bolton,  Gary Cahill yang turut dimahukan Chelsea untuk menggantikan Alex.