Thursday, 8 December 2011

NEYMAR KE ARSENAL?


Arsene Wenger mengakui ia adalah impiannya untuk membeli bintang Brazil, Neymar.
 
Bintang Santos berusia 19 tahun dan bernilai £40 juta ini merupakan pemain yang paling diburu dengan Chelsea telah pun cuba mendapatkannya.
 
Pengurus Arsenal, Wenger berkata: "Kalau saya ada wang hari ini, saya akan belanjakannya untuk membeli Neymar."
 
"Anda tak boleh kata yang Neymar adalah Pele kerana beliau telah memenangi Piala Dunia di usia 17 tahun."
 
"Beliau ada potensi untuk menjadi salah seorang penyerang terhebat namun ketika ini ada perbezaan besar di antara liga Brazil dan liga Eropah."
 
Namun ironinya, Pele sendiri percaya Neymar BOLEH mengatasi bakatnya.
 
Legenda Brazil berusia 71 tahun itu berkata: "Beliau ada kebolehan yang lebih baik dari saya.
 
"Neymar dan Lionel Messi ada aspek teknikal yang bagus – tapi Neymar lebih sempurna."
 
"Dia merembat dengan kedua-dua belah kakinya dan menggelecek dari kedua-dua bahagian. Messi ada lebih banyak pengalaman."

No comments:

Post a Comment