Arsenal akan berdepan dengan pendahulu liga, Manchester City dalam masa 10 hari tanpa pemain bek sebenar.
Arsene Wenger mungkin perlu menyenaraikan pemain pertahanan Switzerland berusia 17 tahun, Martin Angha ke pasukan utama untuk menentang Everton hari Sabtu ini kerana beliau mengalami masalah ketiadaan pemain pertahanan kiri dan kanan.
Andre Santos, 28, cedera buku lali semasa kekalahan 3-1 kepada Olympiakos malam Selasa lepas dan memaklumkan di Twitter yang beliau akan tersisih selama tiga minggu.
Dengan Kieran Gibbs masih jauh untuk beraksi selepas menjalani pembedahan hernia bulan lepas, Thomas Vermaelen akan perlu beralih dari posisi tengah untuk mengisi kekosongan dengan Laurent Koscielny dan Per Mertesacker akan bergandingan di bahagian pertahanan tengah.
Masalah Arsenal berterusan di bahagian bek kanan. Johan Djourou menunjukkan kelemahan yang ketara di posisi tersebut di Athens namun Wenger kurang pilihan selain terus meletakkan kepercayaan terhadap pemain berusia 24 tahun itu yang lebih selesa bermain di tengah.
Bek kanan pilihan utama, Bacary Sagna tidak akan kembali dari kecederaan patah kaki sehingga bulan Februari ini manakala Carl Jenkinson mengalami kecederaan belakang.
No comments:
Post a Comment