Emmanuel Frimpong sedia dengan peluangnya di Liga Juara-juara – tapi hanya selepas diberi amaran oleh pengurusnya Arsene Wenger.
Bos Arsenal, Wenger mengagumi Frimpong dan berkata “sukakan keterujaannya”, namun dalam masa yang sama mahu midfielder muda itu menjaga barannya.
Frimpong, 19, dibuang padang semasa menentang Liverpool pada Ogos lepas, bergaduh dengan pemain Manchester City dan bekas pemain Gunner, Samir Nasri, di terowong pemain minggu lepas dan menjadi pemain kesayangan peminat kerana pertelingkahannya di Twitter.
Arsenal hampir pasti akan meminjamkannya pada Januari nanti – Wolves mengejar khidmatnya – bagi memastikan pemain ini menimba pengalaman kesebelasan utama dan Wenger yakin pemain ini mampu berjaya.
“Saya sukakan keterujaannya. Saya gemarkannya," kata pengurus Perancis ini. "Masalahnya ialah untuk mengekalkannya di landasan yang betul.
"Anda tak mahu melihat beliau kehilangannya. Beliau pejuang sejati – anda mahu berperang bersama Frimpong. Tapi beliau juga perlu menggunakan tenaganya di cara positif kerana tenaga yang melampau boleh menjadi satu kekurangan.
“Beliau boleh dipengaruhi oleh penonton. Bola sepak memang gila mengenai apa yang dimahukannya, bukan apa yang dimahukan oleh penonton di stadium. Pemain yang bagus sentiasa memberikan respons dengan situasi perlawanan dan membuat keputusan yang betul dan mengenepikan elemen emosi daripadanya.”
No comments:
Post a Comment