Bos Everton David Moyes mencuba nasib mendapatkan Thierry Henry untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris.
Henry, ketika ini berlatih dengan Arsenal sepanjang cuti musim MLS dan turut menghadiri majlis ulangtahun ke 125 Arsenal.
Moyes terdesak untuk memperkuatkan bahagian serangannya pada Januari ini dan gembira untuk meminjam Henry dari New York Red Bulls. Henry bakal pulang untuk kem latihan Red Bulls pada 15 Januari ini.
Everton melakukan urusan serupa dengan LA Galaxy dan Landon Donovan sebelum ini dan Moyes mengakui beliau sempat berbual dengan Henry.
Moyes berkata: “Saya dah pun tanya padanya (Henry) semasa masuk ke majlis. Saya bertanya: jika kamu mahu bermain beritahu saya.”
Moyes, yang mengeluarkan Louis Saha di pertengahan separuh masa kedua dan menggantikannya dengan bek tengah Sylvain Distin, menegaskan beliau mahu mendapatkan penyerang dan menambah: “Saya berharap kami dapat melakukan sesuatu.”
Henry telah menyatakan dengan jelas yang beliau tidak berhasrat untuk menyertai semula Arsenal walaupun dengan kontrak jangka masa pendek.
No comments:
Post a Comment