Wednesday 30 November 2011

EX GUNNERS:CLICHY AJAK RVP KE CITY

Gael Clichy menyokong bekas kelabnya, Arsenal agar selesai dalam kedudukan mara ke Liga Juara-juara walaupun bermula dengan buruk.
 
"Saya sering berkata mereka akan hampir dengan puncak liga pada akhir musim ini dan saya masih yakin," kata Clichy. "Mereka mengalami pelbagai kesukaran pada permulaan musim ini dengan kad merah, kecederaan dan gol sendiri."
 
"Saya selalu cakap mereka perlu meneruskannya kerana mereka boleh dan kini mereka tunjukkan permulaan mereka tak betul. Kelab akan betulkan keadaan untuk akhir musim, itu pasti."
 
City akan menjadi antara kelab yang akan menunjukkan minat mereka jika Robin van Persie, yang hanya berbaki 18 bulan dalam kontraknya, menyatakan hasrat meninggalkan Emirates.
 
Bek kiri, Clichy akan gembira melihat Van Persie menyertai kontinjen bekas pemain Arsenal di City, yang mana termasuk dirinya, Samir Nasri dan Kolo Toure.
 
Dia menambah, "Perlukah saya sebut tentang betapa bagusnya dia? Robin antara kawan baik saya. Dia seolah-olah menjadi pemain yang tegas untuk mereka. Anda selalu rasa dia akan menjaringkan gol atau membuat membantu. Dia dalam prestasi yang baik dan saya berdoa untuk mereka agar dia boleh meneruskannya."

NA$RI BERGADUH

Samir Nasri terlibat dalam pertegangan urat selepas perlawanan sejurus jaringan kemenangan Sergio Aguero mengakhiri badi Manchester City di London.
 
Sambutan kemenangan berubah menjadi insiden pahit selepas wisel penamat ketika pergaduhan antara Nasri dan bekas rakan sepasukan Arsenal, Emmanuel Frimpong terbawa-bawa dari padang dan ke dalam terowong.
 
Ketegangan antara kedua-dua pemain itu bermula sejak perpindahan £22 juta Nasri dari The Emirates ke Stadium Etihaad Ogos lalu.
 
Ketika itu, Frimpong menuduh Nasri tamak kerana menerima tawaran £180,000 seminggu yang diberikan di City.
 
Pada malam Selasa, mereka berdua bertengkar di dalam terowong di Emirates, namun jurucakap Arsenal menegaskan tidak melibatkan fizikal.
 
Dia berkata, "Mereka berbalas cakap, itu saja. Tiada tumbukan, tapi situasi tetap kecoh."
 
"Sami bercakap dalam bahasa Perancis, Manny tidak. Tapi mereka tak menyentuh satu sama lain. Hanya kata-kata."

BENAYOUN JADI KAPTEN...PELIK TAPI SUNGGUH..


Tiba2 aje benayoun naik pangkat kat carling cup..memang sesuatu yang tak masuk akal tapi berbaloi gak.harap sungguh bos kita nih..benayoun juga telah bercakap di arsenal.com...dia memuji pada midfield kita iaitu coqueiln dan frimpong dapat mengendalikan peranan tengah dengan cekap..apa2 pun kalah tetap kalah,nk renung kembali wat sakit ati aje..ngan si aguero...

VERMINATOR :AKU NAK CIPTA SESUATU UNTUK KELAB INI


aku masih percaya pada kelab ini.aku belum lakukan sesuatu yang terbaik lagi.aku tahu setengah pihak masih lagi tak percaya pada kelab ini,struktur dalam kelab ini sangat kukuh,aku sangat gembira bersama kelab ini.aku setuju dengan kontrak baru aku,biarlah permulaan musim sangat buruk aku yakin kelab ini akan berjaya."verminator berkata2 sambil tabik kat bendera arsenal...salute


TRANSFER NEWS:PODOLSKI JADI SASARAN WENGER



Pengurus Arsenal Arsene Wenger menunjukkan minatnya mendapatkan penyerang Jerman, Lukas Podolski.
 
Arsenal turut berminat dengan penyerang Borussia Dortmund, Mario Gotze, walaupun kelab Jerman itu tidak berminat menjual pemainnya yang turut menarik minat dari Bayern Munich dan Real Madrid untuk jendela perpindahan Januari nanti.
 
Bagaimanapun, Arsenal memerlukan penyerang tengah kerana mahukan pengganti berkualiti dan persaingan untuk – dan mungkin gandingan berpotensi untuk - Robin van Persie.
 
Podolski sesuai dalam ciri-ciri tersebut dan turut mengesahkan matlamat Arsenal terhadap van Persie dalam memujuk penyerang Belanda itu untuk menandatangani kontrak baru.
 
Tawaran sekitar £20 juta mungkin boleh memujuk Cologne untuk menjualnya kerana Podolski tamat kontrak pada tahun 2013.
 
Arsenal telah mengintai Podolski sejak mereka bertemu Cologne di pra-musim.
 
Mereka telah melanjutkan minat awal dengan menghantar misi peninjau dan yakin pemain ini berupaya bermain sebagai penyerang tunggal atau pun dalam formasi tradisional 4-4-2.

ARSHAVIN:AKU TAK BERAPA CERGAS

Striker Arsenal, Andrey Arshavin meluahkan kekecewaannya ketika seri 1-1 dengan Fulham dan menyatakan kekurangan masa bermain belakangan ini menjadi punca bagi kejatuhan prestasinya.
 
Warga Rusia itu diberikan permulaan yang jarang selepas Arsene Wenger memilih untuk merehatkan Gervinho berikutan kemenangan The Gunners pertengahan minggu lalu ke atas Borussia Dortmund. Namun Arshavin gagal memberi impak bertemu Cottagers dan dia akhirnya digantikan selepas 76 minit oleh warga Ivory Coast.
 
"Sejujurnya, agak sukar untuk keluar bermain. Ini bagi hakikat bahawa terdapat satu tempoh tak bermain. Saya harap dalam aksi seterusnya, saya akan lebih berguna buat skuad," kata Arshavin.
 
"Saya rasa keputusan dan permainan itu secara umumnya, telah dipengaruhi oleh faktor kurang cergas."
 
"Arsenal mempunyai permainan yang sukar dalam Liga Juara-juara menentang Dortmund. Saya rasa pemain tak mempunyai masa yang cukup bagi mengembalikan kekuatan mereka." 

Tuesday 29 November 2011

CARLING:ARSENAL 0-1 MAN CITY

kun aguero menjaringkan gol dengan hantaran skill daripada adam johnson,adegan ini tak sepatutnya berlaku pada arsenal,arsenal mengawal bola begitu sempurna sekali.akan tetapi,kelekaan pemain arsenal telah dikejutkan dengan rembatan daripaa aguero ke gawang arsenal.Arsene wenger"kamu main macam kamu ni dah menang?"itu  lah kata2 boss  kita semasa sesi temu ramah.ayat yg makan hati..panassss

CARLING: ARSENAL TERSUNGKUR LAGI

ARSENE WENGER KECEWA
perlawanan antara gunners dan man city tak lah begitu sengit,kawalan bola pun tidak berapa kemas cuma aksi2 penyerang kedua pasukan sedikit bahaya.arsenal tersungkur juga di carling yang tinggal uefa,champion league dan juga FA CUP...dapat satu piala pun tak apa laaa..tahun ini.harap2 dapat..

ARSENAL VS MAN CITY CARLING CUP

18 nama sudah di calon untuk pertemuan pada selasa ini iaitu

Monday 28 November 2011

TRANSFER NEWS:PSG TAWAR CHAMAKH

Tempoh mengecewakan Marouane Chamakh di Arsenal bakal tamat ketika kelab Ligue 1 Perancis yang bercita-cita tinggi, Paris St Germain merancang tawaran £10 juta untuk striker itu.
Chamakh gagal untuk menyerlah sejak menyertai Gunners dari Bordeaux secara percuma pada Mei tahun lalu dan PSG mampu menawarkannya jalan keluar dari kelab utara London itu.
Arsene Wenger menegaskan pemain itu masih dalam perancangannya, namun tawaran besar dari PSG mungkin sukar untuk ditolak.
Wenger telah bergantung sepenuhnya kepada kapten, Robin van Persie yang telah menjaringkan sejumlah 17 gol dalam semua pertandingan musim ini.
Dan dengan pembelian musim panas, Gervinho memberi sokongan buat pemain Belanda itu, terdapat peluang terhad untuk Chamakh menyerlahkan dirinya dalam pasukan tersebut.
Bos Gunners itu bersimpati dengan situasi Chamakh, namun telah menyebut dia mungkin mendapat peluang untuk membuktikan nilainya kepada kelab, sebelum sebarang kemungkinan dijual.
Wenger berkata: "Kami ada (Marouane) Chamakh dan Park Ju-Young, yang saya rasa kedua-duanya pemain berkualiti, namun buat masa ini mereka tak dapat peluang kerana Robin sedang dalam prestasi yang sangat cemerlang."

EX GUNNERS:NA$RI BALIK ARSENAL?

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger tidak mahu pertembungan Piala Carling Selasa bertemu Manchester City akan hanya berkisarkan kepulangan Samir Nasri.
Pemain antarabangsa Perancis itu merupakan kegemaran peminat semasa di Stadium Emirates sebelum menyertai pasukan Roberto Mancini sebelum jendela perpindahan ditutup.
Pertembungan Piala pada hari Selasa akan menjadi kali pertama Nasri kembali ke Arsenal sejak perpindahan ke City dan Wenger yakin dia berhak dihormati peminat.
Wenger tidak mahu mana-mana tohmahan negatif ke atas playmaker berusia 24 tahun itu merampas potensi sokongan peminat setia tuan rumah terhadap pasukan mereka sendiri.
"Anda mahu menghormati pemain yang telah bermain untuk kami, itu yang kita harapkan," kata Wenger.
"Tapi sentiasa lebih penting untuk menyokong pasukan kami pada malam Selasa berbanding bersikap negatif pada pemain Manchester City."
"Apa yang penting adalah kami bersatu bagi memenangi permainan."

ARSENAL SEDIA MEROBEK GAWANG MAN CITY

gunners bersiap untuk menghadapi man c di carling cup.
perjumpaan ini ditunggu-tunggu oleh peminat bola.perlawanan antara kelab gergasi di Eropah akan tiba pada hari selasa 29 november pukul 20:00 UK..sama-sama kita saksikan.

TRANSFER NEWS:ROSICKY PERTIMBANGKAN PERPINDAHAN

Wolfsburg akan mensasarkan pemain Arsenal, Tomas Rosicky, ketika mereka cuba memperkasakan kembali perjalanan kempen Bundesliga mereka musim ini.

Pasukan Felix Magath ketika ini menduduki tangga ke 12 Bundesliga dan pengurus berusia 58 tahun itu dilaporkan bercadang membuat tawaran £4.5 juta untuk memujuk the Gunners menjual pemain Republik Czech tersebut.

Rosicky, 31, telah membuat 11 penampilan untuk Arsenal musim ini tapi peluang kesebelasan utamanya kini semakin terhad selepas Abou Diaby kembali cergas dan Jack Wilshere bakal turun beraksi semula id penghujung Januari. 

Bekas pemain Borussia Dortmund yang kariernya di Utara London dibelenggu masalah kecederaan, merupakan pemain yang disenangi di kalangan rakan sepasukan di the Emirates dan Arsene Wenger hampir pasti tidak akan membenarkannya berpindah. 

Dengan tiada jaminan waktu permainan, Rosicky mungkin tertarik dengan peluang terakhir di Jerman, lebih-lebih lagi peluang bergandingan dengan rakan lamanya, Alexander Hleb, yang ketika ini dipinjamkan ke Wolfsburg dari Barcelona.

Sunday 27 November 2011

RVP JADI BURUAN MAN CITY

Tonggak Arsenal, Robin van Persie kini menjadi buruan ramai, dengan pasukan berbelanja besar iaitu Manchester City dikatakan sedang mendahului perlumbaan bagi menandatanganinya.

Warga Belanda itu cemerlang menjaringkan 38 gol dalam 42 perlawanan terakhir dan telah menjadi inspirasi di sebalik keputusan baik The Gunners.

Pemilik kaya-raya City berazam menjadikan kelab selaku yang terbaik di Eropah dan kecewa dengan penglibatan pertama mereka di Liga Juara-juara yang telah kelihatan seperti berakhir dalam penyingkiran di peringkat kumpulan.

Mereka sudah pun merancang pembaikan semula untuk musim panas depan, yang mana mereka percaya boleh membawa pasukan Roberto Mancini ke tahap yang seterusnya.

Antara pemain yang dimaksudkan ialah Van Persie, dengan The Citizens berharap mereka boleh mengambil kesempatan bagi keengganannya menandatangani kontrak baru untuk kekal di Stadium Emirates selepas akhir musim depan.

WENGER:PEMAIN ARSENAL LESU

Arsenal menentang fulham sabtu lalu keputusan seri
Arsene Wenger dijangka membuat perubahan dalam barisan permulaannya bagi Piala Liga minggu ini selepas mengakui keletihan memainkan peranan semasa tercicir mata menentang Fulham.

"Segalanya adalah tentang ketajaman minda kami, keletihan mental dan fizikal," jelas pengurus Arsenal.

"Ramai pemain di pinggir dan kini telah benar-benar hadam dengan permainan Liga Juara-juara."

"Jarak masa Rabu ke petang Sabtu agak singkat yang anda boleh dapat, tapi itu bukan alasan. Itu penjelasan. Kami mahu berada dalam Liga Juara-juara, jadi anda tak boleh mengeluh apabila anda letih."

"Cabaran kami adalah memenangi aksi jenis ini walaupun kami letih."

Arsenal bakal menghadapi Manchester City di suku akhir Piala Liga pada hari Selasa, dengan Wenger bersedia menggilirkan skuadnya ketika mereka melihat mahu melanjutkan laluan tanpa kalah kepada 11 perlawanan.

Saturday 26 November 2011

GOSSIP : CALON PENJAGA GAWANG BARU ARSENAL?

JACK BUTTLAND
tersenarai dalam pemerhatian arsene wenger.bg menggantikan almunia?
"Saya akan kekal dan itu saja," kata Wenger melalui laman web rasmi Arsenal.
 
"Saya ada beberapa tahun lagi. Saya akan kekal dan itulah dia. Ia seperti satu ayat pendek jika anda baca dengan betul."
 
"Saya hanya boleh bercakap untuk diri sendiri. Kelab boleh pilih untuk buang saya esok pagi dan saya tak boleh masuk campur dengan keputusan itu, namun saya sepenuhnya komited di sini dan saya akan buktikan kepada anda di penghujung musim nanti."
 
Bos Gunners itu turut mendedahkan dia hampir pasti tidak akan membuat sebarang tindakan ketika jendela perpindahan Januari, melainkan kecederaan melanda para bintang terkininya. 
 
"Dalam bola sepak anda hanya boleh kawal beberapa perkara, kerana [tandatangan pemain] bergantung jika anda ada tujuh kecederaan sehingga Januari," tambah Wenger.
 
"Namun, buat masa ini kami ada skuad yang cukup besar untuk bertahan.

ARSENAL 1 -1 FULHAM

arsenal hanya menambat satu mata dalam perlawanan menetang fulham semalam.verminator berjaya meledak gawang fulham....dan begitu juga arsenal..nasib tidak menyebelahi arsenal.

RVP meledak lagi

Robin van Persie kini setaraf dengan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.


Itulah tahap kualiti yang disaksikan rakan sepasukannya di Arsenal, Mikel Arteta sedang dipersembahkan oleh pemain Belanda yang dinamik itu.

Van Persie telah membantu mengubah nasib Gunners musim ini, dengan dua golnya menentang Borussia Dortmund pada Rabu lalu memastikan mereka menjadi kelab Inggeris pertama mara ke peringkat kalah mati Liga Juara-juara.

Anak buah Arsene Wenger telah mengesahkan tempat mereka dengan baki satu perlawanan selepas rentetan sembilan perlawanan tanpa kalah.

Ogos lalu, sewaktu kelab London itu dipaksa beraksi dalam pusingan kelayakan dan bos Wenger berdepan tempoh paling buruk dalam 15 tahunnya di kelab itu, segala ini kelihatan mustahil.

Kini Arteta berasa striker berusia 28 tahun itu setaraf dengan striker terbaik dunia yang lain – seperti bintang Barcelona, Messi dan tunjang Real Madrid, Ronaldo.

ARSENAL VS FULHAM

 
pertembungan antara arsenal vs fulham pukul 1.30pagi..RVP ingin menambah jaringan 20 gol....