Robin van Persie kini setaraf dengan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.
Itulah tahap kualiti yang disaksikan rakan sepasukannya di Arsenal, Mikel Arteta sedang dipersembahkan oleh pemain Belanda yang dinamik itu.
Van Persie telah membantu mengubah nasib Gunners musim ini, dengan dua golnya menentang Borussia Dortmund pada Rabu lalu memastikan mereka menjadi kelab Inggeris pertama mara ke peringkat kalah mati Liga Juara-juara.
Anak buah Arsene Wenger telah mengesahkan tempat mereka dengan baki satu perlawanan selepas rentetan sembilan perlawanan tanpa kalah.
Ogos lalu, sewaktu kelab London itu dipaksa beraksi dalam pusingan kelayakan dan bos Wenger berdepan tempoh paling buruk dalam 15 tahunnya di kelab itu, segala ini kelihatan mustahil.
Kini Arteta berasa striker berusia 28 tahun itu setaraf dengan striker terbaik dunia yang lain – seperti bintang Barcelona, Messi dan tunjang Real Madrid, Ronaldo.
No comments:
Post a Comment