Wednesday, 30 November 2011

NA$RI BERGADUH

Samir Nasri terlibat dalam pertegangan urat selepas perlawanan sejurus jaringan kemenangan Sergio Aguero mengakhiri badi Manchester City di London.
 
Sambutan kemenangan berubah menjadi insiden pahit selepas wisel penamat ketika pergaduhan antara Nasri dan bekas rakan sepasukan Arsenal, Emmanuel Frimpong terbawa-bawa dari padang dan ke dalam terowong.
 
Ketegangan antara kedua-dua pemain itu bermula sejak perpindahan £22 juta Nasri dari The Emirates ke Stadium Etihaad Ogos lalu.
 
Ketika itu, Frimpong menuduh Nasri tamak kerana menerima tawaran £180,000 seminggu yang diberikan di City.
 
Pada malam Selasa, mereka berdua bertengkar di dalam terowong di Emirates, namun jurucakap Arsenal menegaskan tidak melibatkan fizikal.
 
Dia berkata, "Mereka berbalas cakap, itu saja. Tiada tumbukan, tapi situasi tetap kecoh."
 
"Sami bercakap dalam bahasa Perancis, Manny tidak. Tapi mereka tak menyentuh satu sama lain. Hanya kata-kata."

No comments:

Post a Comment