"Saya akan kekal dan itu saja," kata Wenger melalui laman web rasmi Arsenal.
"Saya ada beberapa tahun lagi. Saya akan kekal dan itulah dia. Ia seperti satu ayat pendek jika anda baca dengan betul."
"Saya hanya boleh bercakap untuk diri sendiri. Kelab boleh pilih untuk buang saya esok pagi dan saya tak boleh masuk campur dengan keputusan itu, namun saya sepenuhnya komited di sini dan saya akan buktikan kepada anda di penghujung musim nanti."
Bos Gunners itu turut mendedahkan dia hampir pasti tidak akan membuat sebarang tindakan ketika jendela perpindahan Januari, melainkan kecederaan melanda para bintang terkininya.
"Dalam bola sepak anda hanya boleh kawal beberapa perkara, kerana [tandatangan pemain] bergantung jika anda ada tujuh kecederaan sehingga Januari," tambah Wenger.
"Namun, buat masa ini kami ada skuad yang cukup besar untuk bertahan.
No comments:
Post a Comment