Striker Arsenal, Andrey Arshavin meluahkan kekecewaannya ketika seri 1-1 dengan Fulham dan menyatakan kekurangan masa bermain belakangan ini menjadi punca bagi kejatuhan prestasinya.
Warga Rusia itu diberikan permulaan yang jarang selepas Arsene Wenger memilih untuk merehatkan Gervinho berikutan kemenangan The Gunners pertengahan minggu lalu ke atas Borussia Dortmund. Namun Arshavin gagal memberi impak bertemu Cottagers dan dia akhirnya digantikan selepas 76 minit oleh warga Ivory Coast.
"Sejujurnya, agak sukar untuk keluar bermain. Ini bagi hakikat bahawa terdapat satu tempoh tak bermain. Saya harap dalam aksi seterusnya, saya akan lebih berguna buat skuad," kata Arshavin.
"Saya rasa keputusan dan permainan itu secara umumnya, telah dipengaruhi oleh faktor kurang cergas."
"Arsenal mempunyai permainan yang sukar dalam Liga Juara-juara menentang Dortmund. Saya rasa pemain tak mempunyai masa yang cukup bagi mengembalikan kekuatan mereka."
No comments:
Post a Comment