Monday 30 January 2012

ARSHAVIN KNA HINA


Arsene Wenger memberikan sokongannya kepada Andrey Arshavin selepas penyokong Arsenal mengkritik bintang Russia itu dengan berkata: "Saya sukakan dia."
 
Penyokong melaungkan boo apabila Arshavin masuk menggantikan Alex Oxlade-Chamberlain ketika menentang Manchester United minggu lepas.
 
Pengurus the Gunners itu memberitahu: "Saya sukakan Arshavin sebagai individu dan pemain."
 
"Saya tak fikir penyokong terlalu bencikan dia, ia lebih kepada mereka mahukan Chamberlain terus berada di atas padang."
 
"Saya tak fikir ia tentang boo ke atas Arshavin, saya hanya fikir mereka mahu Chamberlain terus bermain di mana ia sesuatu yang boleh kami fahami."
 
Ia adalah kali pertama Wenger diejek oleh penyokongnya sendiri.
 
Namun pengurus veteran dari Perancis itu akur dengannya dan menambah: "Saya tak kisah dengannya, sejujurnya. Saya dibayar untuk membuat keputusan anda sentiasa perlukan seseorang untuk melakukan keputusan."
 
"Apabila anda ada 60,000 orang di stadium, akan selalu ada 100 atau  200 orang yang ada perbezaan pendapat. Saya menguruskan lebih banyak perlawanan berbanding kesemua orang yang ada di stadium."

WILSHERE CEDERA LG


Arsenal bimbang Jack Wilshere akan terlepas keseluruhan baki musim ini setelah mengalami kecederaan terbaru berikutan pulih buku lali.
 
Berita itu membuatkan Pengurus England, Fabio Capello resah tentang kecergasan midfielder utamanya itu menjelang Euro 2012.
 
Wilshere telah terlepas seluruh kempen setakat ini akibat patah pergelangan kaki kanannya tetapi dijangka kembali dalam latihan penuh pada awal minggu depan.
 
Namun, dia telah sekali lagi tercedera semasa sesi kecergasan pada hari Selasa.
 
Midfielder England, 20, berjumpa pakar dan akan membuat temu janji pada hari-hari akan datang ketika The Gunners cuba mewujudkan skuad yang terbaik dalam perlawanan.
 
Walau bagaimanapun, ujian awal menunjukkan Wilshere boleh terlepas sehingga sekurang-kurangnya April nanti.

WALCOTT SETUJU TERUSKN DI ARSENAL


Theo Walcott bakal berjumpa dengan Arsene Wenger dalam beberapa minggu akan datang, ketika Arsenal melihat mahu melakukan rundingan kontrak dengan pemain sayap, yang mempunyai baki hanya 18 bulan dalam kontrak semasa.

Kunci bagi meyakinkan Walcott agar kekal mungkin berasaskan permintaan gaji, dengan Wenger, dan ketua perunding, Richard Law, sedar bahawa pemain itu dikatakan mahu sebanyak £100,000 seminggu untuk lanjutannya, ditambah dengan penjelasan tentang bonus dan klausa imej, yang dianggap bernilai sehingga £5 juta setahun.

Ketika rundingan kian berkembang, Walcott juga telah menyedarkan minat dari luar negara, dengan kelab Itali, Juventus berminat. Jurulatih Barcelona, Pep Guardiola yang merupakan peminat besarnya, sebelum ini berkata, "Anda perlukan pistol untuk menghentikannya."

Namun, Arsenal berharap Walcott akan kekal dengan menandatangani terma lanjutan pada akhir musim ini, dengan Robin van Persie, Tomas Rosicky dan Wojciech Szczesny di kalangan muka-muka The Gunners juga berminat untuk memastikan tawaran baru.

GUNNER MESTI MARA


Ignasi Miquel memberi amaran kepada rakan sepasukannya di Arsenal: Lakukan kesilapan dan impian piala kita berkecai.

The Gunners kini berjuang untuk menduduki kelompok empat teratas selepas tiga kekalahan liga berturut-turut namun perhatian mereka minggu ini terarah kepada perlawanan pusingan keempat Piala FA dengan Aston Villa.

Pemain remaja Sepanyol, Miquel, 19, diserapkan ke dalam pasukan utama berikutan masalah kecederaan di bahagian pertahanan.

Dan pemain muda ini menegaskan mana-mana pemain yang menentang  Darren Bent and Co, fokus mereka haruslah 100 peratus.

Miquel berkata: "Kami tahu bahawa Piala FA hanya melibatkan satu perlawanan jadi kami tidak boleh melakukan sebarang kesilapan.

"Kami perlu pastikan kami sedia untuk apa saja yang berlaku tapi masih keluar dan mencuba untuk memenangi perlawanan.

"Kami menentang Villa sebulan yang lalu dan hanya menjaringkan gol kemenangan di minit ke 87 jadi ia akan menjadi keadaan yang sukar.

"Kami perlu terus fokus dan pastikan kami tak melakukan sebarang kesilapan di bahagian pertahanan. Jika kami melakukannya, kami berpeluang cerah untuk menang."

ARSENE YAKIN


Arsene Wenger memberitahu pasukan Arsenal kendaliannya "supaya percaya dengan diri sendiri" dalam pertemuan khusus di padang latihan kelab.
 
Pengurus kelab the Emirates itu mengaturkan pertemuan bersama dalam usaha meningkatkan moral pemain selepas kekalahan liga kali ketiga berturut-turut.
 
Wenger memberitahu pemainnya supaya tidak bimbang dengan kritikan dari peminat atau penganalisis TV.
 
Peminat marah dengan tindakan  Wenger menggantikan Alex Oxlade-Chamberlain dengan Andrey Arshavin semasa kekalahan 2-1 di tempat sendiri kepada Manchester United hari Ahad lepas.
 
Wenger berpesan kepada pemainnya yang beliau amat yakin dengan seluruh pemain skuad dan mereka berupaya untuk memulakan siri keputusan yang cemerlang, bermula dengan perlawanan Piala FA pusingan keempat menentang Aston Villa di tempat sendiri hari Ahad ini.

Friday 27 January 2012

REAL MAU ARSENE WENGER


Arsene Wenger adalah dua calon senarai pendek untuk menggantikan Jose Mourinho sebagai pengurus  Real Madrid.

Ketua jurulatih Jerman, Joachim Low adalah calon lain yang dipertimbangkan dengan hubungan  Mourinho bersama pemain dan hierarki kelab makin tidak dapat dipulihkan.

Pengurus Portugal berusia  48 tahun itu pada Khamis lalu memberitahu: 'Saya tak tahu jika saya akan berada Real Madrid musim hadapan.'

Wenger menolak peluang berpindah ke Madrid pada tahun 2009 namun kelab pendahulu La Liga itu berpendapat mereka ada peluang yang lebih baik kali ini untuk memujuknya meninggalkan London kerana beliau sedang bergelut bersama Arsenal ketika ini.

The Gunners tewas kesemua tiga perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris mereka dan lima mata di belakang pasukan keempat, Chelsea, slot terakhir Liga Juara-juara – sesuatu yang digelar Wenger sebagai 'malapetaka' – jika mereka gagal memperolehinya.

CHAMBO MAU KETEPIKN ARSHAVIN


Alex Oxlade-Chamberlain berikrar untuk mengekalkan tempatnya dalam kesebelasan utama Arsenal selepas menyinar untuk the Gunners dalam debut penuhnya di Liga Perdana Inggeris.

Pemain berusia 18 tahun yang menyertai kelab utara London itu dengan harga £12 juta pada musim panas lepas, mencipta gol  Robin van Persie di separuh masa kedua semasa kekalahan 2-1 di tangan Manchester United.

Namun pemain sayap itu dikeluarkan sejurus selepas gol tersebut sekaligus mengundang kecaman dari penyokong yang ada di the Emirates.

Pengurus Arsene Wenger diboo selepas menggantikan Oxlade-Chamberlain dengan Andrey Arshavin selepas minit ke 74  - dan Van Persie turut nampak marah dengan tindakan tersebut.

'Ia permainan yang baik dari saya dan saya perlu pastikan saya kini mengekalkan tempat saya,' kata Oxlade-Chamberlain.

'Saya gembira menjadi pemain kesebelasan utama dan sudah tentu menentang lawan seperti Man United – tiada yang lebih baik darinya.

'Saya fikir ia telah menunjukkannya [keyakinan Wenger terhadap beliau] dan ia keputusan positif yang perlu saya terima selepas menerima kepercayaan dari pengurus. Saya perlu pastikan saya membayarnya semula dengan permainan saya, berkerja keras semasa latihan dan semasa saya di atas padang.'

CHAMBO AKN BERMAIN DI EURO


Alex Oxlade-Chamberlain meletakkan dirinya dalam gambaran untuk kempen Euro 2012 England selepas mengagumkan Fabio Capello.

Bos The Three Lions berada di The Emirates pada hari Ahad dan nyata kagum dengan debut penuh Liga Perdana pemain berusia 18 tahun itu.

Capello mengucapkan tahniah kepada Oxlade-Chamberlain berhubung prestasinya semasa kekalahan Arsenal kepada Manchester United dan kini akan memantau pemain dengan teliti.

Bos warga Itali berharap pemain remaja itu mendapat tempoh lanjutan dalam barisan The Gunners bagi beberapa minggu akan datang. Pemain telah memberikan prestasi mengagumkan di peringkat bawah-21 tetapi dengan kurang peluang skuad utama, bermakna Capello perlu menarik semula hasrat memanggilnya untuk skuad penuh.

Bos Arsenal, Arsene Wenger mengakui pemain bernilai £12 juta itu mempunyai peluang untuk menyertai skuad Euro.

England akan melayan Belanda di Wembley pada 29 Februari dan jika Oxlade-Chamberlain mendapat cukup masa bermain, Capello mungkin akan terdorong untuk memberinya peluang.

HENRI N MIKEL KEMBALI


Thierry Henry dan Mikel Arteta kembali bermain untuk Arsenal menentang Aston Villa di Piala FA hari Ahad ini.

Henry, 34, yang dipinjam dan midfielder Sepanyol berharga £10 juta, Arteta tidak bermain semasa kekalahan 2-1 di tempat sendiri kepada Manchester United kerana kecederaan paha.

Difahamkan Henry boleh diturunkan menentang United tapi kerana beliau tidak cergas 100 peratus, pengurus Arsene Wenger tidak mahu mengambil risiko.

Arteta, 29, tidak bermain sejak dua perlawanan terakhir namun telah memberitahu Wenger supaya menurunkannya untuk pusingan keempat di  the Emirates Stadium hujung minggu ini.

Pemain pertahanan  Bacary Sagna dan Kieran Gibbs, yang direhatkan selepas kecederaan, dijangka kembali berlatih minggu ini  namun midfielder Jack Wilshere masih tidak dapat beraksi selepas pembedahan buku lali.

TAK ADA APA2


Robin van Persie memberitahu beliau tiada masalah bersama Arsenal dan mengagumi pengurusnya,  Arsene Wenger.

Kapten Gunners ini buat kali pertama bercakap mengenai rakaman kamera TV yang menunjukkan reaksinya terhadap tindakan kontroversi Wenger mengeluarkan  Alex Oxlade-Chamberlain semasa kekalahan kepada Manchester United hari Ahad lalu.

Van Persie menegaskan ia bukan reaksi marah ditujukan kepada pengurusnya dan mengakui tidak sedar rakan sepasukannya itu bermain dengan kecederaan.

"Pengurus dan saya baik saja dan hubungan dengan kelab bagus," kata Van Persie.
"Tiada masalah, tiada konflik, tiada kontroversi."

CHAMBO XNK LWN BOSS


Alex Oxlade-Chamberlain menyokong Arsene Wenger yang namun mengakui: Penyokong Arsenal ada hak untuk mengecam.

Beliau berkata:"Senang rasanya untuk mengetahui penyokong gembira dengan aksi saya tapi ia keputusan pengurus.

"Arsene Wenger telah banyak berjasa untuk kelab ini jadi apa saja keputusan yang beliau buat, saya akan menghormatinya.

"Tapi penyokong membayar wang untuk datang dan menyaksikan kami jadi mereka berhak menyatakan kekecewaan mereka.

"Apa yang saya boleh katakan ialah kami berkerja keras dan cuba membetulkan kesilapan."

ARSHAVIN TAK KEMANA2


Lazio kini beralih menjauhkan diri daripada usaha buat striker Arsenal iaitu, Andrey Arshavin, walaupun mengakui mereka ingin melihat dia di Stadio Olimpico.
 
"Arshavin pemain yang hebat dan saya rasa semua orang mahu memilikinya dalam skuad mereka," kata Pengarah sukan Lazio, Igli Tare.
 
"Tapi saya tak fikir terdapat sebarang peluang melihat dia dalam jersi Lazio. Ada beberapa sebab kenapa itu akan jadi sukar."
 
"Kami tak pernah cakap dengan Arsenal dan mungkin lebih penting lagi, saya tak fikir mereka mahu melepaskan pemain utama mereka."
 
Arsene Wenger secara terbuka mempertahankan pemainnya dan ketika warga Perancis itu tidak akan mempertimbangkan menjual pemain sayap itu pada pertengahan musim dengan bayaran minimum, dia membayangkan Arshavin telah beraksi dengan baik untuk menerima kontrak yang diperbaharui di Emirates, membuatkan perpindahan musim panas tidak mungkin berlaku.

Saturday 21 January 2012

CHAMAKH KEKAL


Pemain yang sedang bergelut, Marouane Chamakh mahu kekal di Arsenal dan berjuang untuk masa depannya.
 
Fiorentina mengetuai senarai kelab-kelab yang menilai striker warga Maghribi itu. Bekas kelabnya Bordeaux, Paris Saint-Germain dan Lille juga turut berminat.
 
Namun Chamakh, yang sedang beraksi di Piala Bangsa-bangsa Afrika, menyatakan dia telah diyakinkan oleh bos Gunners, Arsene Wenger bahawa dia tidak akan dijual bulan ini.
 
"Saya tenang mengenai masa depan saya. Saya telah bercakap dengan jurulatih (Wenger) dan saya kekal dengan Arsenal selepas Piala Bangsa-bangsa Afrika," kata pemain berusia 28 tahun itu.
 
"Saya rasa Wenger yakin dengan saya. Itu sebabnya saya tinggalkan Bordeaux untuk sertai Arsenal."
 
"Saya memiliki beberapa persembahan yang baik dalam musim pertama saya dan mungkin saya boleh mengulanginya."
 
"Sudah tentu saya mahu bermain lebih, tapi amat sukar untuk striker Arsenal. Tahapnya sangat tinggi, namun itu cabaran yang saya cari."

Friday 20 January 2012

WILSHERE MAU TRUN


Jack Wilshere dijadualkan kembali ke latihan penuh Arsenal minggu hadapan.
 
Pemain berusia 20 tahun itu berazam untuk bermain di perlawanan pertama pusingan 16 pasukan terakhir Liga Juara-juara di Milan pada 15 Februari nanti dan secara ideal, satu atau dua perlawanan sebelumnya, dan membantu rakan sepasukan selepas permulaan hambar di tahun 2012.
 
Arsenal telah tewas dalam dua perlawanan di Liga Perdana Inggeris, perlawanan di tempat lawan di  Fulham dan Swansea City, menjejaskan keyakinan yang telah dibina pada penghujung tahun lepas.
 
Wilshere tidak bermain sepanjang musim ini kerana keretakan di buku lalinya yang berpunca dari masalah yang dialaminya sebagai pemain remaja berusia 16 tahun dan sekaligus mengecewakannya untuk hanya menjadi penonton selama ini.  
 
Proses pemulihan beliau tidak berjalan lancar dan ia telah menguji kesabaran dan keyakinannya tapi beliau kini telah memasuki fasa akhir, dengan mengejutkan staf perubatan kelab menerusi perkembangannya. Semasa menjalani pembedahan pada lewat September lalu, mereka tidak menjangkakan pemain ini akan kembali sebelum Mac walaupun Wenger pernah melahirkan hasrat untuk melihat Wilshere kembali bermain pada selewat-lewatnya pada pertengahan bulan Februari.
 
Wenger baru-baru ini telah menukar jangkaannya dengan lebih awal lagi sekaligus memberikan tekanan kepada staf perubatan kelab. Namun mereka telah merumuskan bahawa Wilshere sebagai "keajaiban perubatan," kerana proses pemulihan pemain ini yang begitu cepat.

TAK MAU BELANJA


Arsene Wenger sedia bertaruh dengan TIDAK  membeli bintang baru semasa jendela perpindahan kali ini.
 
Sekali lagi pengurus Arsenal ini akan mencetuskan kemarahan peminat dengan cuba menempuh baki musim yang sukar tanpa membelanjakan wang membeli pemain.
 
Satu-satunya perkara yang mungkin mengubah fikirannya ialah keputusan buruk menentang Manchester United di the Emirates hari Ahad ini.
 
Arsenal telah tewas tiga dari enam perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris dan penyokong mengkritik pemain dan pergaduhan dengan Thierry Henry berikutan kekalahan di Swansea hari Ahad lepas.
 
Namun Wenge akan mengambil risiko dengan terus bertahan bersama skuad yang sedia ada.
 
Pasukan tempat kelima liga, Gunners telah melihat kesemua pemain bek mereka berehat kerana kecederaan. Dari membawa pemain baru, Wenger berharap Santos dan Kieran Gibbs akan membuat kepulangan segera.

SZESNEY YAKI 4 TERATAS


Wojciesh Szczesny kekal yakin Arsenal boleh selesai di posisi empat teratas, namun mengakui prestasi di tempat lawan mereka teruk.
 
Kekalahan 3-2 di Swansea pada hari Ahad adalah kekalahan keenam TheGunners, yang kini menduduki tempat kelima di dalam carta liga.
 
Hanya empat mata yang memisahkan skuad Arsene Wenger dan Chelsea, yang kini di tangga keempat. Namun penjaga gol, Szczesny belum lagi menekan butang panik.
 
Dia berkata, "Saya yakin kami akan mara ke empat teratas. Kami tak layak berada di luar empat teratas."
 
"Kami harus mencabar untuk trofi setiap tahun dan saya yakin bahawa keputusan akan membantu dan kami akan sekurang-kurangnya tamat dalam kedudukan empat teratas kerana kami mempunyai kualiti dalam skuad untuk berjaya."
 
Bagi isu-isu mereka di luar The Emirates, penjaga gol Poland, 21, tetap berpegang dengan keyakinannya.
 
Dia menambah, "Saya tak tahu kenapa kami tak boleh menang di tempat lawan. Keputusan membuktikannya dan kami ternyata teruk musim ini. saya benar-benar tak boleh menerangkannya."

HENRI CEDERA


Tahap kecergasan Thierry Henry mejadi keraguan utama menjelang aksi pertarungan Arsenal dengan Manchester United.
 
Legenda Arsenal, 34, mengalami kecederaan betis semasa latihan dan bergelut untuk bersedia bagi perlawanan Ahad ini.
 
Itu tamparan besar buat Henry, yang terdesak untuk bermain di dalam aksi tersebut sepanjang tempoh pinjaman dua bulan dari New York Red Bulls.
 
Warga Perancis itu menjaringkan gol menentang Leeds dalam Piala FA setelah kembali bersama The Gunners, namun masih di bangku simpanan semasa tewas kepada Swansea pada Ahad lalu.
 
Henry bertegang urat dengan peminat Arsenal selepas tiba di Stadium Liberty dan kecederaan ini hanya akan meningkatkan kekecewaannya.
 
Midfielder, Mikel Arteta juga bergelut untuk cergas menjelang aksi bertemu United, namun pemain pertahanan, Thomas Vermaelen bersedia untuk kembali selepas mengalami masalah betis.

LAZIO MAU ARSHAVIN


Pemain Arsenal, Andrey Arshavin menjadi sasaran perpindahan Januari bernilai £6 juta Lazio.
 
Gergasi Itali itu sedang bersedia untuk bertindak dan memberi Gunners dilema tentang samada mereka harus mengurangkan kerugian dan menjual Arshavin, yang mempunyai baki kontrak 18 bulan.
 
Arshavin, pembelian £12 juta tiga tahun lalu, bakal tamat kontrak pada musim panas 2013 dan nilainya akan berkurangan musim panas ini – Wenger telahpun memberi bayangan yang Arsenal tidak akan menawarkannya sebarang kontrak baru.
 
Bekas kelab Arshavin, Zenit St Petersburg telah turut mengakui yang mereka sedang memantau perkembangannya, sementara kelab Turki, Galatasaray turut dikhabarkan berminat musim panas lalu.
 
Wenger telah sentiasa mahu menyokong Arshavin hasil rekod umpanannya, namun pemain berusia 30 itu tidak lagi menjadi pemain utama buat Arsenal musim ini, walaupun merupakan salah seorang daripada pemain bergaji paling besar pasukan.

Wednesday 18 January 2012

WENGER BERSIAP SEDIA


Arsene Wenger mengarahkan bala tentera Arsenal untuk bersiap-siaga bagi mengelakkan satu lagi kekalahan memalukan kepada Manchester United.
 
Pengurus Arsenal itu memberitahu: "Sampai masa untuk kami bangun dan menjadi fokus – kami ada peluang bagus untuk melakukannya menentang United.
 
"Ia peluang besar besar kerana kami rasa kami telah melepaskan enam mata dalam dua perlawanan terakhir dengan cara yang luar biasa."
 
"Di tahap kami ia mengecewakan dan tak cukup bagus."
 
"Ia berpunca dari kurang ketenangan dan melakukan keputusan yang betul."
 
"Ia mengejutkan kerana di  Fulham kami mendahului 1-0 dan kami kalah. Di Swansea kami berjaya mengejar  2-2 dan terus selepas itu kami melepaskan gol ketiga."
 
Wojciech Szczesny juga menggesa rakan sepasukannya supaya fokus.
 
Penjaga gol Poland itu mengulas mengenai kekalahan kepada Swansea: "Tiada alasan. Kami tak menunjukkan permainan yang cukup bagus untuk memenangi perlawanan."
 
"Kami perlu memastikan kami bangkit, mula mendapatkan keputusan dan memastikan kami sekurang-kurangnya menduduki empat tempat teratas."

PODOLSKI SEMAKIN TERCICIR


Lokomotiv Moscow telah berkomplot untuk menghalang niat Arsenal untuk pemain Cologne, Lukas Podolski, dengan meletakkan tawaran musim panas £20 juta.
 
Berita itu muncul ketika sebahagian siri e-mel pegawai Lokomotiv telah dibocorkan kepada media, dengan terbaru dari pihak Rusia meminta Cologne agar memberitahu sebarang perkembangan berkaitan masa depan Podolski.
 
Lokomotiv telah mengejar tonggak Jerman itu selama lebih 18 bulan, dan dilaporkan membuat tawaran yang ditolak sekitar £8 juta musim panas tahun lepas.
 
Kini muncul seperti mereka akan kembali pada Ogos bersama tawaran lain, dengan media Rusia menyatakan jumlahnya sebanyak £20 juta, dalam usaha memberi amaran kepada kelab-kelab lain yang berminat.
 
Antara kelab tersebut adalah Arsenal, yang meningkatkan minat mereka terhadap Podolski beberapa bulan yang lalu, namun tidak akan mampu bersaing dengan tahap perbelanjaan sisi Rusia itu.
 
Ketika ini, kelihatan seperti lelongan musim panas akan terjadi dan dengan Lokomotiv dapat menawarkan lebih banyak dana dan pakej gaji yang besar, Gunners sedar mereka akan bergelut untuk menarik minat Podolski dari segi kewangan.

WILSHERE KEMBALI


Jack Wilshere akan memberikan Arsenal rangsangan tepat pada masanya dengan kembali ke latihan penuh sebelum akhir Januari.
 
Pemain antarabangsa England itu terlepas keseluruhan musim akibat kecederaan buku lali dalam aksi pra-musim kejohanan Piala Emirates.
 
Wilshere kini dalam program pemulihan dan berada di landasan tepat untuk kembali berlatih menjelang kemunculan semulanya bersama skuad utama kelak.
 
Pasukan perubatan The Gunners berharap midfielder itu akan bersedia untuk menyertai sesi latihan lewat bulan ini atau awal Februari.
 
Aksi Liga Perdana Barclays menentang Bolton pada 1 Februari mungkin tarikh yang paling awal untuk Wilshere membuat kemunculan semula.
 
Namun pengurus Arsenal, Arsene Wenger berharap akan dapat memiliki midfielder tengah berpengaruh itu semasa menentang Blackburn pada 4 Februari atau aksi dengan Sunderland tujuh hari kemudian.

FRIMPONG DI KELUARKN


Emmanuel Frimpong berdepan dengan ejekan kasar selepas dikeluarkan di White Hart Lane.
 
Midfielder berusia 20 tahun yang dipinjam dari Arsenal ini, dikeluarkan di minit ke 67 kerana pengurus pasukan Mick McCarthy bimbang beliau akan dilayangkan kad merah.
 
Frimpong berteriak kepada segelintir penyokong Spurs  '**** off' semasa mereka mengejeknya ketika beliau menghampiri kawasan tempat duduk pemain.
 
Namun beliau yang akhirnya gembira apabila Spurs melepaskan dua mata dalam usaha mereka kekal dalam persaingan kejuaraan liga.
 
Frimpong — dilahirkan di  Tottenham namun membentuk kariernya bersama  Arsenal — kemudian mempersendakan penyokong Spurs di Twitter. Beliau mentweet: "Ia sangat senyap, begitu senyak di  the Lane haha #Afc forever #Wolves love ya."
 
Frimpong dilayangkan kad pada minit ke-28 kerana kekasaran ke atas Gareth Bale dan berisiko dikenakan kad kuning kedua sehinggalah McCarthy mengeluarkannya.
 
McCarthy berkata: "Saya pernah jadi pemain muda dan apabila anda dikeluarkan dan 30 atau 40,000 penonton mengejek anda."
 
"Anda hanya perlu senyum dan menerimanya dan saya fikir beliau telah melakukannya. Beliau baik-baik saja."