Tuesday, 10 January 2012

KETIBAAN HENRY LENGAHKAN PODOLSKI


Arsenal akan melakukan tawaran £8 juta untuk penyerang FC Cologne, Lukas Podolski pada musim panas ini selepas Thierry Henry mengisi kekosongan jangka masa pendek dengan kontrak pinjamannya dari New York Red Bulls.
 
Henry akan membuat kepulangan ke Arsenal di the Emirates menentang Leeds malam ini namun  Wenger masih mahu menambah pemain serangannya selepas Arsenal seperti yang disebut pengruusnya sendiri, ‘amat bergantung kepada Robin van Persie’, dengan tiada seorang pun di antara  Marouane Chamakh atau Park Chu-Young yang mampu menggantikannya.
 
Namun Henry memberikan solusi seketika dengan  Gervinho dan  Chamakh tiada sepanjang Januari ini kerana misi di Kejohanan Piala Negara Afrika.
 
Henry akan kembali ke New York bulan Februari nanti, membolehkan Arsenal bertindak mendapatkan  Podolski pada musim panas ini selepas pemain Jerman itu menyatakan mahu terus bersama Cologne hingga akhir musim bagi memastikan dirinya berada dalam pasukan utama Jerman di Kejohanan Eropah 2012.
 
Namun pengarah urusan Cologne, Claus Horstmann cukup ‘optimis’ bahawa Podolski akan menandatangani kontrak baru ketika penyeragng tersebut tinggal setahun dalam kontraknya dan berminat bermain di Liga Perdana Inggeris.

No comments:

Post a Comment