Arsene Wenger memberitahu pasukan Arsenal kendaliannya "supaya percaya dengan diri sendiri" dalam pertemuan khusus di padang latihan kelab.
Pengurus kelab the Emirates itu mengaturkan pertemuan bersama dalam usaha meningkatkan moral pemain selepas kekalahan liga kali ketiga berturut-turut.
Wenger memberitahu pemainnya supaya tidak bimbang dengan kritikan dari peminat atau penganalisis TV.
Peminat marah dengan tindakan Wenger menggantikan Alex Oxlade-Chamberlain dengan Andrey Arshavin semasa kekalahan 2-1 di tempat sendiri kepada Manchester United hari Ahad lepas.
Wenger berpesan kepada pemainnya yang beliau amat yakin dengan seluruh pemain skuad dan mereka berupaya untuk memulakan siri keputusan yang cemerlang, bermula dengan perlawanan Piala FA pusingan keempat menentang Aston Villa di tempat sendiri hari Ahad ini.
No comments:
Post a Comment