Friday, 6 January 2012

KEPULANGAN HENRY MENAMBAH KEGUSARAN PESAING


Bacary Sagna telah mendakwa kepulangan Thierry Henry akan mengundang kegusaran kepada pesaing Liga Perdana Arsenal, selain mengubah Gunners kembali menjadi pemenang.
 
Striker berusia 34 tahun itu bakal membuat kepulangan mengejut ke Emirates secara pinjaman, enam tahun selepas meninggalkan kelab keluar ke Barcelona sebagai penjaring terbanyak mereka sepanjang zaman.
 
"Dia [Henry] akan bersedia. Dia akan berikan segalanya," kata Sagna.
 
"Ini akan beri impak kepada pasukan kami dan pesaing kami."
 
"Dia tahu bagaimana mahu menang trofi, dan apabila dia bercakap, semua orang dengar. Kepulangannya adalah perkara terbesar yang berlaku pada 2012."
 
Penjaga gol Gunners, Wojciech Szczesny turut bersetuju dengan sentimen rakan sepasukannya, dan mengakui Arsenal terdesak mengharap kepulangan lagenda tersebut.
 
"Dia berkualiti," kata Szczesny.
 
"Dia seorang penyudah berbisa dan seorang yang sangat bijak, sangat pandai, selain dia seorang individu yang hebat untuk ada di dalam bilik persalinan."

No comments:

Post a Comment