Pemain yang sedang bergelut, Marouane Chamakh mahu kekal di Arsenal dan berjuang untuk masa depannya.
Fiorentina mengetuai senarai kelab-kelab yang menilai striker warga Maghribi itu. Bekas kelabnya Bordeaux, Paris Saint-Germain dan Lille juga turut berminat.
Namun Chamakh, yang sedang beraksi di Piala Bangsa-bangsa Afrika, menyatakan dia telah diyakinkan oleh bos Gunners, Arsene Wenger bahawa dia tidak akan dijual bulan ini.
"Saya tenang mengenai masa depan saya. Saya telah bercakap dengan jurulatih (Wenger) dan saya kekal dengan Arsenal selepas Piala Bangsa-bangsa Afrika," kata pemain berusia 28 tahun itu.
"Saya rasa Wenger yakin dengan saya. Itu sebabnya saya tinggalkan Bordeaux untuk sertai Arsenal."
"Saya memiliki beberapa persembahan yang baik dalam musim pertama saya dan mungkin saya boleh mengulanginya."
"Sudah tentu saya mahu bermain lebih, tapi amat sukar untuk striker Arsenal. Tahapnya sangat tinggi, namun itu cabaran yang saya cari."
No comments:
Post a Comment