Friday, 20 January 2012

WILSHERE MAU TRUN


Jack Wilshere dijadualkan kembali ke latihan penuh Arsenal minggu hadapan.
 
Pemain berusia 20 tahun itu berazam untuk bermain di perlawanan pertama pusingan 16 pasukan terakhir Liga Juara-juara di Milan pada 15 Februari nanti dan secara ideal, satu atau dua perlawanan sebelumnya, dan membantu rakan sepasukan selepas permulaan hambar di tahun 2012.
 
Arsenal telah tewas dalam dua perlawanan di Liga Perdana Inggeris, perlawanan di tempat lawan di  Fulham dan Swansea City, menjejaskan keyakinan yang telah dibina pada penghujung tahun lepas.
 
Wilshere tidak bermain sepanjang musim ini kerana keretakan di buku lalinya yang berpunca dari masalah yang dialaminya sebagai pemain remaja berusia 16 tahun dan sekaligus mengecewakannya untuk hanya menjadi penonton selama ini.  
 
Proses pemulihan beliau tidak berjalan lancar dan ia telah menguji kesabaran dan keyakinannya tapi beliau kini telah memasuki fasa akhir, dengan mengejutkan staf perubatan kelab menerusi perkembangannya. Semasa menjalani pembedahan pada lewat September lalu, mereka tidak menjangkakan pemain ini akan kembali sebelum Mac walaupun Wenger pernah melahirkan hasrat untuk melihat Wilshere kembali bermain pada selewat-lewatnya pada pertengahan bulan Februari.
 
Wenger baru-baru ini telah menukar jangkaannya dengan lebih awal lagi sekaligus memberikan tekanan kepada staf perubatan kelab. Namun mereka telah merumuskan bahawa Wilshere sebagai "keajaiban perubatan," kerana proses pemulihan pemain ini yang begitu cepat.

No comments:

Post a Comment