Monday, 16 January 2012

TAK KN BELI JANUARI NI


Arsene Wenger enggan terlibat dengan pasaran perpindahan pertengahan musim untuk menyelesaikan krisis kecederaan Arsenal kerana, dia berkata, pemain yang ditandatangani pada Januari  pentingkan diri sendiri dan tidak komited dengan matlamat kelab.
 
Pengurus Arsenal itu berkata dia lebih gemar menunggu pemain yang dipercayainya untuk kembali berbanding berbelanja untuk pemain yang mahu keluar, di mana, menurutnya, hanya mempunyai perasaan kecewa berbanding mempunyai keinginan untuk menerima cabaran baru di tempat lain.
 
"Anda jumpa pemain yang tak dapat bermain di kelab mereka, jadi pilih untuk keluar pada Januari," katanya.
 
"Mereka telahpun kurang komited terhadap matlamat. Kita dah sampai tahap di mana jika anda tak bermain, anda perlu komited dengan kelab dan tiada pilihan lain selain berusaha keras. Kini anda ada jalan keluar mudah dan cepat. Saya akan samada biarkan jendela perpindahan terbuka, atau tutup ia sepenuhnya. Ini cuma tempoh pertengahan di mana semua orang gelabah sekitar November."
 
"Kadangkala, jika seorang pemain tak bermain, bila tiba saat mereka cergas, anda dah terima pemain anda yang cedera kembali. Atau anda jumpa seorang pemain muda yang boleh ambil masa tiga atau empat bulan untuk sesuaikan diri dengan Liga Perdana. Lagipun, jika kami dapat Thomas Vermaelen minggu depan, kami ada cukup pemain yang boleh diturunkan."

No comments:

Post a Comment