Friday, 13 January 2012

HENRY LENGKAPKN DONGENG ARSENAL


Thierry Henry melengkapkan kepulangan dongengnya ke Arsenal dengan gol kemenangan yang menenggelamkan Leeds.
 
Ia memang hebat seperti dulu ketika legenda the Gunners berusia 34 tahun itu masuk sebagai pemain gantian untuk menggegarkan the Emirates dengan aksi 'va va voom' dan gol tunggal perlawanan Piala FA tersebut.
 
Ia merupakan gol ke 227 dalam karier cemerlangnya bersama Arsenal.
 
Dan Henry dengan penuh emosi mengakui: "Ia luarbiasa. Saya tak pernah menyangka yang saya akan kembali mewakili Arsenal apatah lagi menjaringkan gol kemenangan."
 
"Saya sayangkan kelab ini dan mahu membantunya."
 
"Ia perasaan yang cukup indah apabila saya menjaringkan gol dan harapan agar ia tidak menjadi gol terakhir."
 
"Saya akan sentiasa mengenang malam ini. Ia agak pelik, 15 hari lalu saya pulang dari percutian di Mexico dan tiada dalam perancangan untuk menjadi hero."
 
"Tapi sangat penting untuk mengambil peluang yang ada kerana anda tidak pernah akan tahu jika anda mendapat peluang kedua dan saya mengambilnya dengan sempurna."

No comments:

Post a Comment