Friday, 13 January 2012

WENGER MAU GABUNG HENRY N RVP DI SWANSEA


Godaan menggandingkan Thierry Henry dengan Robin van Persie dalam gabungan bintang striker mungkin terlalu sukar untuk ditolak oleh pengurus Arsenal, Arsene Wenger, apabila pasukan itu kembali ke aksi Liga Perdana dengan kunjungan ke Swansea pada hari Ahad.
 
Henry membuktikan kelasnya kekal dengan meraih gol kemenangan lewat menentang Leeds pada debut kedua untuk Arsenal dalam aksi pusingan ketiga Piala FA pada hari Isnin.
 
Itu melanjutkan rekod kelab Henry kepada 227 gol dan dengan striker berusia 34 tahun berpotensi tersenarai dalam sehingga lapan aksi bagi tempoh pinjaman di stadium Emirates, terdapat getaran positif yang melanda Arsenal ketika ini.
 
Dengan 35 gol dalam 2011 yang luar biasa, Van Persie mengambil alih peranan Henry sebagai striker utama Arsenal dan Wenger kini perlu memutuskan sama ada pasangan itu boleh bergandingan bagi mengangkat pasukan kembali ke kedudukan Liga Juara-juara.
 
"Kami jelas tak mahu terkeluar daripada empat teratas," kata Henry, yang di tangga ketiga dalam senarai penjaring sepanjang masa Liga Perdana dengan 174 gol. "Kejohanan tahun ini akan sengit."
 
"Tapi saya rasa pasukan ini mempunyai apa yang diperlukan untuk berada di dalamnya. Pasukan perlahan-lahan mencapai prestasinya."

No comments:

Post a Comment