Emmanuel Frimpong berdepan dengan ejekan kasar selepas dikeluarkan di White Hart Lane.
Midfielder berusia 20 tahun yang dipinjam dari Arsenal ini, dikeluarkan di minit ke 67 kerana pengurus pasukan Mick McCarthy bimbang beliau akan dilayangkan kad merah.
Frimpong berteriak kepada segelintir penyokong Spurs '**** off' semasa mereka mengejeknya ketika beliau menghampiri kawasan tempat duduk pemain.
Namun beliau yang akhirnya gembira apabila Spurs melepaskan dua mata dalam usaha mereka kekal dalam persaingan kejuaraan liga.
Frimpong — dilahirkan di Tottenham namun membentuk kariernya bersama Arsenal — kemudian mempersendakan penyokong Spurs di Twitter. Beliau mentweet: "Ia sangat senyap, begitu senyak di the Lane haha #Afc forever #Wolves love ya."
Frimpong dilayangkan kad pada minit ke-28 kerana kekasaran ke atas Gareth Bale dan berisiko dikenakan kad kuning kedua sehinggalah McCarthy mengeluarkannya.
McCarthy berkata: "Saya pernah jadi pemain muda dan apabila anda dikeluarkan dan 30 atau 40,000 penonton mengejek anda."
"Anda hanya perlu senyum dan menerimanya dan saya fikir beliau telah melakukannya. Beliau baik-baik saja."
No comments:
Post a Comment