Arsenal tidak akan menandatangani Mario Gotze sekarang ataupun pada musim panas, menurut kelab pemain, Borussia Dortmund.
Gotze, 19, pemain bintang kelab Bundesliga, miliki peranan penting dalam kejayaan kelab menjuarai liga pada musim 2010/11 dan menjadi nadi dalam skuad Jerman Joachim Low.
Bos Gunners, Arsene Wenger telah lama mengagumi midfielder serangan itu, namun pengarah sukan Dortmund, Michael Zorc berkata pemain itu tidak akan ke mana-mana sehingga 2013 sekurang-kurangnya.
"Kami telah bersetuju dengan Mario bahawa dia bermain di Dortmund musim depan," jelasnya.
"Dia ada kontrak sehingga 2014, tiada sebab untuk kami menjualnya. Tapi saya tak tahu. Jika ada seseorang menawarkan satu bilion euro esok, maka anda harus berfikir tentangnya."
No comments:
Post a Comment