Bintang Sunderland, Kieran Richardson telah muncul sebagai sasaran mengejut buat Arsenal ketika dia sedang menimbang masa depannya di Black Cats.
Midfielder, Richardson, 27, tidak turun buat pasukan bimbingan Martin O'Neill ketika pasukan mereka menang ke atas Man City Ahad lalu.
Bintang kelahiran London itu dijangkiti virus dan telah tidak berlatih baru-baru ini namun dia dipercayai berminat untuk kembali ke ibu negara.
Bos Gunners, Arsene Wenger merupakan peminat bekas pelatih West Ham itu yang disambar oleh Manchester United ketika remaja.
Richardson mencatat dua gol musim ini dan telah menjadi pemain utama dalam pasukan Sunderland.
Namun hasil dari penjualannya akan memberi bos baru, O'Neill dana untuk membina semula pasukan.
Richardson telah berada di Sunderland sejak 2007 selepas tiba dari Man United untuk yuran £5.5 juta.
No comments:
Post a Comment