Arsene Wenger sedia bertaruh dengan TIDAK membeli bintang baru semasa jendela perpindahan kali ini.
Sekali lagi pengurus Arsenal ini akan mencetuskan kemarahan peminat dengan cuba menempuh baki musim yang sukar tanpa membelanjakan wang membeli pemain.
Satu-satunya perkara yang mungkin mengubah fikirannya ialah keputusan buruk menentang Manchester United di the Emirates hari Ahad ini.
Arsenal telah tewas tiga dari enam perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris dan penyokong mengkritik pemain dan pergaduhan dengan Thierry Henry berikutan kekalahan di Swansea hari Ahad lepas.
Namun Wenge akan mengambil risiko dengan terus bertahan bersama skuad yang sedia ada.
Pasukan tempat kelima liga, Gunners telah melihat kesemua pemain bek mereka berehat kerana kecederaan. Dari membawa pemain baru, Wenger berharap Santos dan Kieran Gibbs akan membuat kepulangan segera.
No comments:
Post a Comment