Saturday, 3 December 2011

BAWA DIA KE EURO


Arsene Wenger telah menyokong Alex Oxlade-Chamberlain membuat percubaan lewat untuk mendapat tempat dalam skuad Euro 2012 England selepas mengakui bekas bintang Southampton itu bakal menembusi pasukan utama Arsenal.

Pemain tengah menyerang itu telah cemerlang sejak membuat perpindahan dari Divisyen Satu sewaktu musim panas, menjaringkan gol dalam dua permulaannya menentang Shrewsbury Town dan Olympiakos. 

Dia merupakan pemain paling menyinar ketika menentang Manchester City awal minggu ini sewaktu Gunners disingkirkan dari Piala Liga.

Dan kini pengurus kelabnya telah menyokong kaitan dengan persediaan aksi antarabangsa.

"Saya mahu lihatnya [pergi ke Euro 2012] namun mari ambil langkah satu persatu," kata Wenger. "Saya rasa di England anda sentiasa ambil langkah pantas. Untuk ke Kejohanan Eropah anda perlukan pengalaman Liga Perdana jadi penting untuknya dapatkan pengalaman itu dulu.

"Dia tak jauh sangat [sedia untuk Liga Perdana]. Buat masa ini kami agak konsisten dengan pasukan yang kami turunkan kerana kami dalam rentetan keputusan cemerlang dan tiada kecederaan.

"Saya percaya dia masih dalam tempoh di mana latihan setiap hari dengan pemain hebat penting untuknya tingkatkan diri."

No comments:

Post a Comment