Penyerang Jerman Lukas Podolski telah memberikan petunjuk besar bahawa beliau telah bersedia untuk menyertai Arsenal selepas mengakui perpindahan ke luar negara satu kemungkinan apabila meninggalkan Cologne kelak.
Bos Gunners Arsene Wenger telah pun mendedahkan beliau mencari penyerang baru dan Podolski semakin memarakkan spekulasi denagn mengatakan kesediaannya menyertai kelab utara London tersebut seperti komen terbarunya.
‘Saya rasa sangat sukar untuk membayangkan berubah ke kelab lain di Bundesliga,’ kata Podolski.
‘Kalau saya tinggalkan Cologne, menyertai kelab luar menarik perhatian saya. Apabila saya melihat pertanyaan yang ada mengenai saya, saya mencari jika ada kelab yang bermain di tahap antarabangsa atau di Liga Juara-juara.’
Schalke 04 baru-baru ini memberitahu cukup berminat dengan Podolski, tapi Arsenal kini di kedudukan selesa untuk memiliki pemain berusia 26 tahun itu yang telah pun menjaringkan 14 gol musim ini.
Kontrak pemain antarabangsa Jerman ini berakhir pada tahun 2013, membuatkan belanja sekitar £16 juta bakal diperlukan untuk membelinya pada Januari nanti atau £10 juta pada musim panas.

No comments:
Post a Comment