Tuesday, 20 December 2011

WENGER PUTUS HARAPAN


Arsene Wenger mengakui Arsenal boleh melupakan harapan untuk memenangi liga selepas kalah kepada pendahulunya, Manchester City.
Kekalahan ini meletakkan the Gunners ketinggalan 12 mata dari puncak liga dan walaupun masih ada lagi 22 perlawanan, pengurus kelab di the Emirates itu tahu ia jurang yang amat besar untuk ditutup.
Wenger berkata: "Ketika ini ia akan menjadi tugas sukar untuk merapatkan jurang dengan City."
"Malangnya ia perlawanan di mana kami tidak boleh kalah kerana ia meletakkan kami jauh di belakang City."
"Jika kami menang perlawanan tersebut ia akan meletakkan kami enam mata di belakang dan dengan pemain bek kami akan kembali termasuk Jack Wilshere dan Abou Diaby."
"Kami akan ada skuad yang lebih baik di separuh kedua musim."
"Sudah tentu kami akan mencuba tapi inilah perlawanan di mana kami tidak boleh kalah dan itu sebabnya ia sukar untuk diterima."
"Kami akan terus berjuang dan ada banyak perkara yang positif. Ketika ini kami perlukan dorongan dan mata dan kami hanya ada dorongan."

No comments:

Post a Comment