Friday, 9 December 2011

PEMINAT ARSENAL DAH LUPA FAB


Yossi Benayoun mendakwa penyokong Arsenal telah lupa mengenai Cesc Fabregas dan Samir Nasri.
 
Perkara kelihatan seperti impian mustahil selepas Wenger dipaksa menjual dua bintang midfielder dan bergelut mencari pengganti pada hari terakhir jendela perpindahan.
 
Benayoun dan Mikel Arteta, yang dibeli dari Everton dengan nilai £10 juta, menggantikan Nasri dan Fabregas, manakala pemain bek, Andre Santos dan Per Mertesacker serta striker, Park Chu-Young juga turut tiba.
 
Benayoun berkata perjalanan hebat Arsenal, yang termasuk enam kemenangan daripada tujuh aksi Liga Perdana, telah memberikan Gooners wira baru untuk diraikan.
 
"Fabregas dan Nasri pemain yang baik, mungkin peminat menjangka nama-nama lain, atau nama yang lebih besar," katanya. "Tapi semua pemain yang dibeli pada hari terakhir telah membuktikan diri mereka dan kami bermain dengan lebih baik serta memenangi perlawanan."
 
"Kini, para penyokong faham bahawa kami mempunyai pasukan yang baik dengan banyak kualiti, saya fikir mereka terlupa tentang pemain lain."

No comments:

Post a Comment