Friday, 2 December 2011

ESPANYOL PERHATIKAN CHAMAKH


Espanyol akan menyaksikan striker terpinggir Arsenal, Marouane Chamakh ketika menentang Manchester City malam ini, selepas menambah namanya ke dalam senarai sasaran Januari mereka.
 
Chamakh menyertai pemain seperti tonggak PSG, Mevlut Erding dan pemain Ajax, Mounir El Hamdaoui dalam menjadi buruan Espanyol, yang mencari striker apabila jendela dibuka pada Tahun Baru.
 
Erding yang bernilai £10 juta dan dilaporkan masalah attitud El Hamdaoui telah menjadikan Chamakh selaku paling berkemungkinan. Namun pengurus, Mauricio Pochettino mahu pemerhatinya membuat pemeriksaan akhir bagi kecergasan pemain berusia 27 tahun itu semasa pertembungan suku akhir Piala Carling dengan Manchester City, sebelum mereka mempertimbangkan membuat tawaran.
 
Itu akan menjadi satu lagi tamparan ketara kepada Chamakh, yang mempunyai masalah kecergasan dan isu peribadi yang menjejaskan prestasi serta keyakinannya dalam tempoh 12 bulan yang lalu.
 
Bekas Majikan, Bordeaux telah membuat beberapa usaha yang gagal untuk membawa Chamakh secara pinjaman, namun dijangka Arsenal hanya akan mempertimbangkan penjualanan, dengan angka £7 juta selaku nilainya

No comments:

Post a Comment