Thursday, 1 December 2011

BINTANG LILE CEMBURU DENGAN LIGA PERDANA



Striker Lille, Moussa Sow telah memberi isyarat Liga Perdana selepas menegaskan rundingan kontraknya telah berakhir.
 
Juara Perancis mahukan sekitar £10 juta untuk Sow, yang telah dikaitkan dengan Arsenal pada masa lalu dan kini menggambarkan mereka sebagai "kelab besar".
 
Warga Senegal berusia 25 tahun berkata, "Saya mempunyai kontrak sehingga Jun 2013 dan Lille mahu saya menandatangani kontrak lain, tapi rundingan telah terhenti."
 
"Saya tak terima syarat mereka atau berdiam diri daripada kelab. Bukan saya yang letakkan tekanan, itu yang sebenarnya."
 
"Saya hanya fikirkan bola sepak dan tak mustahil saya pergi pada bulan Januari."
 
"Tapi impian saya adalah bermain dalam Liga Perdana, kerana anda kian berkembang sebagai pemain dengan suasana, gol dan aksinya."
 
"Saya menonton TV dengan rasa cemburu. Saya suka untuk bermain di sana satu hari nanti. Arsenal kelab yang besar. Namun, kita akan lihat."

No comments:

Post a Comment