Saturday, 3 December 2011

CHAMBO LEBIH RELA DI EMIRATES


Pemain sensasi terbaru Arsenal telah memberitahu Manchester City yang beliau lebih rela berada di the Emirates berbanding di the Etihad.

Bintang England Bawah-21 yang berpotensi besar ini berkata: "Adakah ia terbaik untuk saya berada di sini?

"Saya fikir begitu. Sejak saya berada di sini, pemain muda mendapat banyak peluang di perlawanan piala dan ia kelab yang bagus untuk disertai. Anda sentiasa belajar.

"Apabila saya datang ke sini, saya tak fikir untuk terus berada dalam skuad. Datang dari Southampton, saya bermain setiap minggu. 

"Berpindah ke sini, saya tahu saya tidak akan begitu banyak terlibat dan saya tidak akan menjadi bodoh untuk berfikir sebaliknya.

"Tapi dengan hanya dapat berlatih dengan kumpulan pemain di sini setiap hari, mendengar kata pengurus dan dapat menyertai Arsenal, banyak yang telah saya pelajari.

"Saya tak akan ubah segala-galanya untuk dunia. Langkah seterusnya ialah menempatkan diri ke dalam skuad. 

"Tapi dalam masa yang sama tidak perlu tergesa-gesar. Saya percayakan pengurus untuk memastikan saya matang dalam cara terbaik, beliau pengurus yang hebat, sangat bijak."

No comments:

Post a Comment