Olympique Lyonnais, FC Basel 1893, PFC CSKA Moskva dan SSC Napoli mengisi empat tempat terakhir peringkat 16 pasukan terakhir UEFA Liga Juara-juara yang akan diundi pada 16 Disember ini selepas aksi peringkat kumpulan diselesaikan malam Rabu lepas.
Akan ada dua pot untuk acara pengundian yang akan diadakan di Nyon pada Jumaat depan: satu untuk juara kumpulan dan satu lagi untuk naik juara. Juara akan bermain di tempat lawan di pusingan 16 pasukan terakhir pada 14/15 dan 21/22 Februari dan di tempat sendiri pada perlawanan timbal balik pada 6/7 dan 13/14 Mac. Tiada pasukan yang akan menentang lawan dari kumpulan yang sama atau pasukan yang berasal dari negara yang sama.
Juara kumpulan
Bayern München, Inter Milan, Benfica, Real Madrid, Chelsea, Arsenal, APOEL and Barcelona
Naib juara kumpulan
Napoli, CSKA Moscow, Basel 1893, Lyon, Bayer Leverkusen, Marseille, Zenit St Petersburg dan AC Milan
Ke UEFA Liga Eropah
Manchester City, Trabzonspor, Manchester United, Ajax, Valencia, Olympiacos, Porto dan Viktoria Plzen
No comments:
Post a Comment