Saturday, 3 December 2011

THEO JADI SASARAN KELAB ITALY



Juventus meletakkan Gareth Bale dan Theo Walcott padakedudukan tertinggi dalam senarai membeli-belah mereka dalam usaha mengukuhkan bidaan menjuarai gelaran Itali.

Kelab Turin juga mahu menandatangani striker Brazil, Leandro Damiao, yang telah dikejar oleh Tottenham dan Arsenal sejak tahun lepas.

Walcott dan Bale telah lama dikagumi oleh Juventus dan Ketua Pengarah, Giuseppe marotta menjadikan mereka keutamaan bagi mengukuhkan skuad selepas menjelaskan mahu berbelanja besar pada Januari.

Menurut akhbar Itali, Corriere dello Sport, penilaian yang tinggi Tottenham untuk Bale membuat perjanjian seolah-olah di luar jangkauan, melainkan jika bintang Wales berusia 22 tahun itu boleh dipujuk berpindah ke Serie A.

Juventus mahu Arsenal lebih bersedia bagi rundingan Walcott, yang kontraknya tamat akhir musim depan, dan bersedia menawarkan Milos Krasic di selaku pertukaranuntuk pemain antarabangsa England tersebut.

Arsenal merupakan antara beberapa kelab-kelab Inggeris yang menjejaki Krasic sebelum dia berpindah dari CSKA Moscow ke Juventus 15 bulan yang lalu.

No comments:

Post a Comment