Tuesday, 27 December 2011

CHAMAKH NK KE MANA


Marouane Chamakh telah mengakui dia hampir pasti meninggalkan Arsenal musim panas ini, namun dia tidak rasa dia akan menamatkan perjalanan bola sepak Inggerisnya lagi.
 
Striker Maghribi itu telah gagal mencipta impak di Emirates Stadium dan telah hanya menjaringkan lapan gol Liga Perdana dalam tempoh 18 bulan sejak perpindahan percumanya dari Bordeaux.
 
Prestasi Robin van Persie bermakna pemain berusia 27 tahun itu tidak akan dapat selalu diturunkan dalam pasukan Arsene Wenger pada separuh kedua musim dan dia telahpun berfikir tentang masa depannya.
 
Bordeaux telah memberitahu mereka akan berminat untuk menandatangani semula Chamakh dan Paris Saint-Germain turut telah dikaitkan dengan perpindahan untuknya, namun pemain itu enggan pulang semula ke Perancis.
 
Dia berkata: "Keutamaan saya adalah untuk kekal di Liga Perdana. Saya akan timbangkan kebaikan dan keburukan kerana saya terima banyak tawaran dari luar negara, namun saya mahu kekal di England."
 
Chamakh menambah dia akan kecewa meninggalkan Arsenal, kerana dia sentiasa mempunyai impian untuk beraksi buat kelab tersebut, namun menegaskan dia tidak boleh meneruskan kariernya di bangku simpanan.
 
"Saya tak boleh hidup dengan situasi ini selamanya. Saya 27, saya seorang pesaing, saya mahu bermain," katanya.

No comments:

Post a Comment