Saturday, 3 December 2011

SUNDERLAN SILAP PECAT BRUCE


Pengurus Arsenal, Arsene Wenger melabelkan keputusan Sunderland memecat Steve Bruce sebagai 'kesilapan'.

Bruce memiliki baki dua tahun setengah di Sunderland dan Wenger kagum dengan kebanyakan aspek kerja-kerja yang dilakukannya.

Membincangkan pemecatan Bruce, Wenger berkata kepada pemain Arsenal, "Saya rasa itu satu kesilapan kerana persoalan di Sunderland sepatutnya ditujukan kepada orang lain, bukannya Steve Bruce.

"Dia ada kecekapan, keinginan untuk menang dan adalah orang terakhir bagi saya untuk dipersoalkan."

"Malangnya, dia melalui perjalanan yang buruk. Saya agak pasti dia tak sepatutnya dilayan sebegitu."

"Perubahan tak selalu menyelesaikan masalah. Sejarah menunjukkan perkara itu. Statistik telah membuktikan perubahan pengurus jarang berjaya."

"Kelab yang mencipta ketidakstabilannya sering dalam masalah, itu dikaitkan dengan kestabilan teknikal, pertukaran pemain dan isu kewangan."

"Semua itu berkait rapat dengan perubahan pengurus."

No comments:

Post a Comment