Saturday, 3 December 2011

WENGER MAHU DAMIAO


Arsenal sedang bersedia untuk bersaing dengan Juventus untuk striker Brazil, Leandro Damiao dan berharap pembeliannya akan membuktikan cita-cita kelab itu terhadap Robin van Persie.

Tottenham dua kali membuat tawaran untuk pemain Internacional berusia 22 tahun tersebut musim panas lalu, namun tidak mencapai harga £15 juta yang diminta, yang kini telah mencanak naik menghampiri £25 juta.

Juventus turut telah menjadikan Damiao sasaran utama, dan agennya, Vinicius Prates, telah berada di Turin untuk berbincang dengan kelab gergasi Itali itu minggu ini.

Harry Redknapp turut sedang menimbang untuk menyertai semula perang tawar-menawar, sementara Liverpool telah juga memantau penyerang berbisa itu secara dekat.

 Damiao telah menikmati prestasi cemerlang untuk kelab Brazil, Internacional tahun ini, menjaringkan 40 gol dalam 52 perlawanan.

Pembeliannya mampu membuktikan kepada Van Persie yang Gunners masih mampu menarik bakat besar, selepas kehilangan Cesc Fabregas ke Barcelona dan Samir Nasri ke Manchester City musim panas lalu.

No comments:

Post a Comment