Thursday, 29 December 2011

HENRY PULANG KE RUMAH


Arsene Wenger telah membayangkan penyerang yang memegang rekod Arsenal, Thierry Henry masih boleh kembali ke bekas kelabnya selepas menyaksikan pasukannya hampa terikat 1-1 dengan Wolves malam Selasa lalu.
 
Wenger terdesak mencari penyerang untuk mengurangkan beban yang digalas penyerang utamanya ketika ini, Robin van Persie dan turut memerlukan pengganti untuk Gervinho dan Marouane Chamakh, yang masing-masing akan beraksi di Kejohanan Piala Negara Afrika bulan hadapan.
 
Pemain berusia 34 tahun itu menyaksikan perlawanan dengan Wolves dari bangku penonton di the Emirates. Beliau kali terakhir bermain di stadium tersebut untuk Red Bulls semasa Piala the Emirates Cup bulan Julai lepas.
 
Ditanya jika beliau semakin hampir menyetujui satu perjanjian dengan Henry, yang bermain di the Emirates di tahun terakhirnya di Arsenal di musim 2006/07 sebelum berpindah ke Barcelona, Wenger menjawab: "Tidak, tiada apa yang berlaku sejak minggu lepas. Saya tidak menjangkakan apa-apa ketika ini, hanya mahu bertenang."

No comments:

Post a Comment