Sunday 11 March 2012

SPURS TIADA HARAPAN KE UEFA


Penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny mengejek Tottenham dengan mendakwa kelab itu akan bermain di Liga Eropah musim hadapan.
 
Szczesny, pemain yang tidak pernah menyembunyikan rasa meluatnya terhadap Spurs, turut mendakwa pesaing setempat the Gunners itu akan terus gentar dengan pasukannya berikutan prestasi memberangsangkan lewat ini.
 
Arsenal menghabiskan majoriti musim ini di belakang Tottenham di Liga Perdana Inggeris namun tiga kemenangan berturut-turut telah memberikan keyakinan kembali kepada anak buah Arsene Wenge.
 
Arsenal empat mata di belakang seteru London mereka itu berikutan kejayaan  5-2 ke atas Spurs dan disusuli dengan kemenangan yang cukup bernasib baik di Liverpool.
 
Szczesny kini mahu menewaskan Spurs untuk tempat ketiga dan malahan mendakwa kelab jiran itu mungkin tergelincir ke tempat kelima selepas kekalahan berturut-turut.
Penjaga gol Arsenal itu berkata: "Saya tidak berpuas hati sekarang untuk tempat keempat."
 
"Kami empat mata di belakang satu lagi kelab London utara — saya tak mahu menyebut namanya – dan harapnya kami boleh mencabar mereka."

No comments:

Post a Comment