Monday, 13 February 2012

HENRY HEBAT

Thierry Henry mengakhiri karier gemilangnya di Liga Perdana Inggeris dengan sempurna menerusi gol masa kecederaan bagi memastikan Arsenal mencatatkan kemenangan berharga 2-1 di  Sunderland hari Sabtu lalu.
 
Penyerang Perancis yang dipinjam dari New York Red Bulls itu menyambut hantaran lintang Andrey Arshavin untuk menguis gol dari jarak dekat ketika the Gunners mengatasi Chelsea di tempat keempat di Liga Perdana Inggeris.
 
Aaron Ramsey menyamakan kedudukan untuk Arsenal dengan sentuhan pertama selepas masuk dari bangku simpanan bagi membatalkan gol pembukaan James McClean's.
 
Ramsey menggantikan Per Mertesacker, yang terpaksa meninggalkan perlawanan kerana kecederaan Achilles apabila beliau tergelincir semasa mengawal bola sekaligus menjadi punca kepada gol  McClean.
 
Henry yang selama ini menyinari liga dengan skil cantik dan bakat jaringanyang mengagumkan kini menjadi penjaring terbanyak ketiga Liga Perdana Inggeris hanya di belakang Alan Shearer dan Andy Cole selepas menambah golnya kepada  176.
 
Selepas masuk sebagai pemain gantian sejam selepas perlawanan untuk tampil di perlawanan beliau kali ke 258 dan — kepulangan kedua di Sunderland – penampilan liga terakhirnya musim ini, Henry kini juga telah meledak tujuh gol dari 11 perlawanan menentang the Black Cats.


No comments:

Post a Comment