Friday, 9 December 2011


Olympique Lyonnais, FC Basel 1893, PFC CSKA Moskva dan SSC Napoli mengisi empat tempat terakhir peringkat 16 pasukan terakhir UEFA Liga Juara-juara yang akan diundi pada 16 Disember ini selepas aksi peringkat kumpulan diselesaikan malam Rabu lepas.
 
Akan ada dua pot untuk acara pengundian yang akan diadakan di Nyon pada Jumaat depan: satu untuk juara kumpulan dan satu lagi untuk naik juara. Juara akan bermain di tempat lawan di pusingan 16 pasukan terakhir pada 14/15 dan 21/22 Februari dan di tempat sendiri pada perlawanan timbal balik pada 6/7 dan 13/14 Mac. Tiada pasukan yang akan menentang lawan dari kumpulan yang sama atau pasukan yang berasal dari negara yang sama.
 
Juara kumpulan
Bayern München, Inter Milan, Benfica, Real Madrid, Chelsea, Arsenal, APOEL and Barcelona
 
Naib juara kumpulan
Napoli, CSKA Moscow, Basel 1893, Lyon, Bayer Leverkusen, Marseille, Zenit St Petersburg dan AC Milan
 
Ke UEFA Liga Eropah
Manchester City, Trabzonspor, Manchester United, Ajax, Valencia, Olympiacos, Porto dan Viktoria Plzen

WENGER RISIKOKN BEK KIRI


Arsenal akan berdepan dengan pendahulu liga, Manchester City dalam masa 10 hari tanpa pemain bek sebenar.
 
Arsene Wenger mungkin perlu menyenaraikan pemain pertahanan Switzerland berusia 17 tahun, Martin Angha ke pasukan utama untuk menentang Everton hari Sabtu ini kerana beliau mengalami masalah ketiadaan pemain pertahanan kiri dan kanan.
 
Andre Santos, 28, cedera buku lali semasa kekalahan 3-1 kepada Olympiakos malam Selasa lepas dan memaklumkan di Twitter yang beliau akan tersisih selama tiga minggu.
 
Dengan Kieran Gibbs masih jauh untuk beraksi selepas menjalani pembedahan hernia bulan lepas,  Thomas Vermaelen akan perlu beralih dari posisi tengah untuk mengisi kekosongan dengan Laurent Koscielny dan  Per Mertesacker akan bergandingan di bahagian pertahanan tengah.
 
Masalah Arsenal berterusan di bahagian bek kanan. Johan Djourou menunjukkan kelemahan yang ketara di posisi tersebut di Athens namun Wenger kurang pilihan selain terus meletakkan kepercayaan terhadap pemain berusia 24 tahun itu yang lebih selesa bermain di tengah.
 
Bek kanan pilihan utama, Bacary Sagna tidak akan kembali dari kecederaan patah kaki sehingga bulan Februari ini manakala Carl Jenkinson mengalami kecederaan belakang.

ARSENAL TEMUI JALAN BUNTU UTK DAPATKAN GOURCUFF


Kelab Perancis, Lyon menolak idea bahawa midfielder, Yoann Gourcuff bakal bersetuju menyertai Arsenal dalam jendela perpindahan Januari.
 
Bos Gunners, Arsene Wenger telah lama meminati bekas bintang berbakat kelab Bordeaux dan AC Milan berusia 25 tahun itu, dan dikhabarkan bersedia untuk meletakkan tawaran pinjaman dengan harapan pemain boleh memulihkan kerjaya warga Perancis tersebut.
 
Walau bagaimanapun Pengerusi Lyon, Jean-Michel Aulas berkata, sementara isu kewangan kelab berlaku bermakna dua nama bintang boleh meninggalkan pasukan Ligue 1 pada Januari untuk memberi keseimbangan dan pemain antarabangsa Perancis, Gourcuff tidak termasuk dalam senarai itu."
 
"Yoann pemain Lyon dan dia akan kekal bersama Lyon selepas 31 Disember dan sehingga Jun 30," katanya kepada saluran televisyen rasmi kelab itu.
 
"Mungkin dia akan kekal di kelab itu untuk tempoh masa yang lama selepas tarikh tersebut."
 
Ejen Gourcuff, Jean-Pierre Bernes turut mengesahkan bahawa pemain itu tidak tergesa-gesa untuk berpindah.
 
Ketika ditanya mengenai peluang pemain bersama skuad utama Laurent Blanc dalam Kejohanan Eropah musim panas akan datang, dia menambah, "Euro 2012? Logik bahawa dia mahu bermain di kejohanan dan bermain di Lyon tidak akan mendatangkan kesan kepada peluangnya."

PEMINAT ARSENAL DAH LUPA FAB


Yossi Benayoun mendakwa penyokong Arsenal telah lupa mengenai Cesc Fabregas dan Samir Nasri.
 
Perkara kelihatan seperti impian mustahil selepas Wenger dipaksa menjual dua bintang midfielder dan bergelut mencari pengganti pada hari terakhir jendela perpindahan.
 
Benayoun dan Mikel Arteta, yang dibeli dari Everton dengan nilai £10 juta, menggantikan Nasri dan Fabregas, manakala pemain bek, Andre Santos dan Per Mertesacker serta striker, Park Chu-Young juga turut tiba.
 
Benayoun berkata perjalanan hebat Arsenal, yang termasuk enam kemenangan daripada tujuh aksi Liga Perdana, telah memberikan Gooners wira baru untuk diraikan.
 
"Fabregas dan Nasri pemain yang baik, mungkin peminat menjangka nama-nama lain, atau nama yang lebih besar," katanya. "Tapi semua pemain yang dibeli pada hari terakhir telah membuktikan diri mereka dan kami bermain dengan lebih baik serta memenangi perlawanan."
 
"Kini, para penyokong faham bahawa kami mempunyai pasukan yang baik dengan banyak kualiti, saya fikir mereka terlupa tentang pemain lain."

Thursday, 8 December 2011

GOTZE KEKAL DI DORTMUND


Arsenal menerima tamparan hebat dalam pengejaran Mario Gotze selepas rakan sepasukan, Kevin Grosskreutz menegaskan pemain remaja itu akan melihat kontrak di Borussia Dortmund.
 
The Gunners telah dikaitkan dengan langkah £30 juta untuk pemain antarabangsa Jerman itu pada Januari.
 
Namun teman rapatnya, Grosskreutz percaya Gotze akan melihat kontrak di kelab Jerman, yang masih ada tiga tahun lagi untuk diharungi.
 
Grosskreutz berkata, "Dia tak boleh pergi tanpa saya kerana kami sentiasa bersama-sama. Gotze dan saya akan kekal sehingga 2014."
 
Gotze memainkan peranan utama dalam membantu Borussia Dortmund memenangi Bundesliga musim lalu dan telah menarik minat beberapa kelab-kelab terkemuka di seluruh Eropah termasuk Real Madrid.
 
Arsene Wenger telah mengenal pasti Gotze sebagai pengganti berpotensi untuk Samir Nasri, yang meninggalkan kelab pada musim panas.

NEYMAR KE ARSENAL?


Arsene Wenger mengakui ia adalah impiannya untuk membeli bintang Brazil, Neymar.
 
Bintang Santos berusia 19 tahun dan bernilai £40 juta ini merupakan pemain yang paling diburu dengan Chelsea telah pun cuba mendapatkannya.
 
Pengurus Arsenal, Wenger berkata: "Kalau saya ada wang hari ini, saya akan belanjakannya untuk membeli Neymar."
 
"Anda tak boleh kata yang Neymar adalah Pele kerana beliau telah memenangi Piala Dunia di usia 17 tahun."
 
"Beliau ada potensi untuk menjadi salah seorang penyerang terhebat namun ketika ini ada perbezaan besar di antara liga Brazil dan liga Eropah."
 
Namun ironinya, Pele sendiri percaya Neymar BOLEH mengatasi bakatnya.
 
Legenda Brazil berusia 71 tahun itu berkata: "Beliau ada kebolehan yang lebih baik dari saya.
 
"Neymar dan Lionel Messi ada aspek teknikal yang bagus – tapi Neymar lebih sempurna."
 
"Dia merembat dengan kedua-dua belah kakinya dan menggelecek dari kedua-dua bahagian. Messi ada lebih banyak pengalaman."

Wednesday, 7 December 2011

KALOU UNTUK ARSENAL


Striker Chelsea, Salomon Kalou bakal menjadi penyelesaian dilema serangan Arsenal, ketika Roman Abramovich akan dilaporkan mendengar tawaran buat warga Ivory Coast itu pada Januari.
 
Kalou, 26, telah lama dikaitkan dengan perpindahan ke utara London, dan dengan Arsene Wenger terdesak untuk menambah beberapa kuasa serangan, tawaran baru untuk Kalou bakal muncul tidak lama lagi.
 
The Gunners terlalu bergantung kepada gol Robin van Persie musim ini, Wenger mungkin terdorong mendapatkan Kalou jika Chelsea menunjukkan kesediaan menjualnya.
 
Namun sama ada jadi atau tidak, kesediaan menjual Kalou kepada salah satu saingan tempat ke Liga Juara-Juara mereka akan menjadi persoalan lain, manakala Wenger juga mungkin berhati-hati menandatangani pemain, yang seperti Chamakh, ditakdirkan untuk tugas Piala Bangsa-Bangsa Afrika tahun baru nanti.
 
Bekas pemain Feyenoord itu hanya membuat tujuh penampilan di bawah bos baru Blues, Andre Villas-Boas musim ini tetapi telah menjaringkan tiga gol dalam tiga perlawanan terakhir.