Monday, 16 January 2012

WENGER MAU BDK LG

Arsene Wenger enggan terlibat dengan pasaran perpindahan pertengahan musim untuk menyelesaikan krisis kecederaan Arsenal kerana, dia berkata, pemain yang ditandatangani pada Januari  pentingkan diri sendiri dan tidak komited dengan matlamat kelab.
 
Pengurus Arsenal itu berkata dia lebih gemar menunggu pemain yang dipercayainya untuk kembali berbanding berbelanja untuk pemain yang mahu keluar, di mana, menurutnya, hanya mempunyai perasaan kecewa berbanding mempunyai keinginan untuk menerima cabaran baru di tempat lain.
 
"Anda jumpa pemain yang tak dapat bermain di kelab mereka, jadi pilih untuk keluar pada Januari," katanya.
 
"Mereka telahpun kurang komited terhadap matlamat. Kita dah sampai tahap di mana jika anda tak bermain, anda perlu komited dengan kelab dan tiada pilihan lain selain berusaha keras. Kini anda ada jalan keluar mudah dan cepat. Saya akan samada biarkan jendela perpindahan terbuka, atau tutup ia sepenuhnya. Ini cuma tempoh pertengahan di mana semua orang gelabah sekitar November."
 
"Kadangkala, jika seorang pemain tak bermain, bila tiba saat mereka cergas, anda dah terima pemain anda yang cedera kembali. Atau anda jumpa seorang pemain muda yang boleh ambil masa tiga atau empat bulan untuk sesuaikan diri dengan Liga Perdana. Lagipun, jika kami dapat Thomas Vermaelen minggu depan, kami ada cukup pemain yang boleh diturunkan."

TAK KN BELI JANUARI NI

Friday, 13 January 2012

WENGER MAU GABUNG HENRY N RVP DI SWANSEA

Godaan menggandingkan Thierry Henry dengan Robin van Persie dalam gabungan bintang striker mungkin terlalu sukar untuk ditolak oleh pengurus Arsenal, Arsene Wenger, apabila pasukan itu kembali ke aksi Liga Perdana dengan kunjungan ke Swansea pada hari Ahad.
 
Henry membuktikan kelasnya kekal dengan meraih gol kemenangan lewat menentang Leeds pada debut kedua untuk Arsenal dalam aksi pusingan ketiga Piala FA pada hari Isnin.
 
Itu melanjutkan rekod kelab Henry kepada 227 gol dan dengan striker berusia 34 tahun berpotensi tersenarai dalam sehingga lapan aksi bagi tempoh pinjaman di stadium Emirates, terdapat getaran positif yang melanda Arsenal ketika ini.
 
Dengan 35 gol dalam 2011 yang luar biasa, Van Persie mengambil alih peranan Henry sebagai striker utama Arsenal dan Wenger kini perlu memutuskan sama ada pasangan itu boleh bergandingan bagi mengangkat pasukan kembali ke kedudukan Liga Juara-juara.
 
"Kami jelas tak mahu terkeluar daripada empat teratas," kata Henry, yang di tangga ketiga dalam senarai penjaring sepanjang masa Liga Perdana dengan 174 gol. "Kejohanan tahun ini akan sengit."
 
"Tapi saya rasa pasukan ini mempunyai apa yang diperlukan untuk berada di dalamnya. Pasukan perlahan-lahan mencapai prestasinya."

ARSENAL MAU CISSOKHO

Arsenal telah diberitahu mereka boleh menandatangani bek Lyon, Aly Cissokho pada harga £8 juta.
 
Kecederaan Kieran Gibbs, Andre Santos dan Carl Jenkinson memaksa Arsene Wenger melihat ke dalam pasaran perpindahan, walaupun dia lebih suka mendapatkan pemain secara pinjaman pada bulan ini.
 
Bos The Gunners secara meluas dikaitkan dengan pemain antarabangsa Perancis berusia 24 tahun, Cissokho dan majikannya juga berhasrat untuk menjual.
 
Newcastle juga telah dikaitkan dengan bekas pertahanan Porto, yang dibeli Lyon pada nilai £12.9 juta apabila mereka menandatanganinya pada Julai 2009.
 
Cissokho berminat ke England dan wakil-wakilnya dijangka mengadakan rundingan dengan Lyon bagi memastikan perpindahan.
 
Wenger berkata pada hujung minggu lalu, "Ketika ini tiada apa-apa, tiada yang konkrit, tapi kami tak menolaknya. Meminjam seorang bek adalah senario yang mungkin."
 
"Katakan jika kelab-kelab yang tak dikaitkan dengan persekitaran ekonomi pada masa ini boleh membeli."

ARSENAL MAU ABIDAL

Arsene Wenger sedia membuat langkah untuk bintang Barcelona, Eric Abidal dalam jendela perpindahan bulan ini.
 
The Gunners telah mempertimbang pilihan mereka, dan kini dilaporkan Wenger bersedia membayar £4.1 juta untuk bek berusia 32 tahun itu.
 
Abidal konsisten di barisan pertahanan Barcelona musim ini, mengisi tempat Carles Puyol dan Gerard Pique, yang mana kedua-duanya sedang diketepikan akibat kecederaan.
 
Namun rundingan kontraknya dengan kelab kelihatan menghadapi jalan buntu dan dia mungkin menentukan masa yang sesuai untuk berpindah ke England.
 
Abidal, yang boleh dikatakan sebagai hero di Barcelona, melalui pembedahan membuang tumor hati pada Mac lepas, dan segera pulih.
 
Jika dia berpindah, Arsenal masih boleh mengharapkan beberapa tahun yang baik daripada pemain kelahiran Lyon itu.

HENRY LENGKAPKN DONGENG ARSENAL

Thierry Henry melengkapkan kepulangan dongengnya ke Arsenal dengan gol kemenangan yang menenggelamkan Leeds.
 
Ia memang hebat seperti dulu ketika legenda the Gunners berusia 34 tahun itu masuk sebagai pemain gantian untuk menggegarkan the Emirates dengan aksi 'va va voom' dan gol tunggal perlawanan Piala FA tersebut.
 
Ia merupakan gol ke 227 dalam karier cemerlangnya bersama Arsenal.
 
Dan Henry dengan penuh emosi mengakui: "Ia luarbiasa. Saya tak pernah menyangka yang saya akan kembali mewakili Arsenal apatah lagi menjaringkan gol kemenangan."
 
"Saya sayangkan kelab ini dan mahu membantunya."
 
"Ia perasaan yang cukup indah apabila saya menjaringkan gol dan harapan agar ia tidak menjadi gol terakhir."
 
"Saya akan sentiasa mengenang malam ini. Ia agak pelik, 15 hari lalu saya pulang dari percutian di Mexico dan tiada dalam perancangan untuk menjadi hero."
 
"Tapi sangat penting untuk mengambil peluang yang ada kerana anda tidak pernah akan tahu jika anda mendapat peluang kedua dan saya mengambilnya dengan sempurna."

Tuesday, 10 January 2012

HENRY MGKIN KEKAL

Arsene Wenger enggan menolak kemungkinan berusaha memastikan Thierry Henry kekal bersama pasukan hingga ke akhir musim.
 
Penyerang New York Red Bulls itu menyertai semula Arsenal secara pinjaman selama dua bulan namun ada kemungkinan kontrak yang lebih panjang dipersetujui.
 
Semasa David Beckham menyertai AC Milan dalam situasi serupa dari LA Galaxy tiga tahun yang lalu, beliau akhirnya bersama mereka hingga ke akhir musim.
 
Dan Wenger berkata: "Milan mungkin terlebih dahulu telah berunding tapi kami tidak melakukannya."
 
"Kami telah berjanji akan memulangkan kembali pemain ini jadi kami langsung tidak menyebutnya."
 
Namun pengurus Gunners itu masih berharap dapat menyentuh subjek tersebut – dan meminta kontrak sambungan dari New York.
 
Beliau menambah: "Mari berharap kami ada masalah. Jika kami ada masalah ia bermakna beliau telah bermain dengan baik jadi saya harap kami akan ada masalah."
 
"Tapi buat masa ini, saya hanya boleh kata tidak, ia langsung tidak dipertimbangkan."