Monday, 30 January 2012

ARSHAVIN KNA HINA


Arsene Wenger memberikan sokongannya kepada Andrey Arshavin selepas penyokong Arsenal mengkritik bintang Russia itu dengan berkata: "Saya sukakan dia."
 
Penyokong melaungkan boo apabila Arshavin masuk menggantikan Alex Oxlade-Chamberlain ketika menentang Manchester United minggu lepas.
 
Pengurus the Gunners itu memberitahu: "Saya sukakan Arshavin sebagai individu dan pemain."
 
"Saya tak fikir penyokong terlalu bencikan dia, ia lebih kepada mereka mahukan Chamberlain terus berada di atas padang."
 
"Saya tak fikir ia tentang boo ke atas Arshavin, saya hanya fikir mereka mahu Chamberlain terus bermain di mana ia sesuatu yang boleh kami fahami."
 
Ia adalah kali pertama Wenger diejek oleh penyokongnya sendiri.
 
Namun pengurus veteran dari Perancis itu akur dengannya dan menambah: "Saya tak kisah dengannya, sejujurnya. Saya dibayar untuk membuat keputusan anda sentiasa perlukan seseorang untuk melakukan keputusan."
 
"Apabila anda ada 60,000 orang di stadium, akan selalu ada 100 atau  200 orang yang ada perbezaan pendapat. Saya menguruskan lebih banyak perlawanan berbanding kesemua orang yang ada di stadium."

WILSHERE CEDERA LG


Arsenal bimbang Jack Wilshere akan terlepas keseluruhan baki musim ini setelah mengalami kecederaan terbaru berikutan pulih buku lali.
 
Berita itu membuatkan Pengurus England, Fabio Capello resah tentang kecergasan midfielder utamanya itu menjelang Euro 2012.
 
Wilshere telah terlepas seluruh kempen setakat ini akibat patah pergelangan kaki kanannya tetapi dijangka kembali dalam latihan penuh pada awal minggu depan.
 
Namun, dia telah sekali lagi tercedera semasa sesi kecergasan pada hari Selasa.
 
Midfielder England, 20, berjumpa pakar dan akan membuat temu janji pada hari-hari akan datang ketika The Gunners cuba mewujudkan skuad yang terbaik dalam perlawanan.
 
Walau bagaimanapun, ujian awal menunjukkan Wilshere boleh terlepas sehingga sekurang-kurangnya April nanti.

WALCOTT SETUJU TERUSKN DI ARSENAL


Theo Walcott bakal berjumpa dengan Arsene Wenger dalam beberapa minggu akan datang, ketika Arsenal melihat mahu melakukan rundingan kontrak dengan pemain sayap, yang mempunyai baki hanya 18 bulan dalam kontrak semasa.

Kunci bagi meyakinkan Walcott agar kekal mungkin berasaskan permintaan gaji, dengan Wenger, dan ketua perunding, Richard Law, sedar bahawa pemain itu dikatakan mahu sebanyak £100,000 seminggu untuk lanjutannya, ditambah dengan penjelasan tentang bonus dan klausa imej, yang dianggap bernilai sehingga £5 juta setahun.

Ketika rundingan kian berkembang, Walcott juga telah menyedarkan minat dari luar negara, dengan kelab Itali, Juventus berminat. Jurulatih Barcelona, Pep Guardiola yang merupakan peminat besarnya, sebelum ini berkata, "Anda perlukan pistol untuk menghentikannya."

Namun, Arsenal berharap Walcott akan kekal dengan menandatangani terma lanjutan pada akhir musim ini, dengan Robin van Persie, Tomas Rosicky dan Wojciech Szczesny di kalangan muka-muka The Gunners juga berminat untuk memastikan tawaran baru.

GUNNER MESTI MARA


Ignasi Miquel memberi amaran kepada rakan sepasukannya di Arsenal: Lakukan kesilapan dan impian piala kita berkecai.

The Gunners kini berjuang untuk menduduki kelompok empat teratas selepas tiga kekalahan liga berturut-turut namun perhatian mereka minggu ini terarah kepada perlawanan pusingan keempat Piala FA dengan Aston Villa.

Pemain remaja Sepanyol, Miquel, 19, diserapkan ke dalam pasukan utama berikutan masalah kecederaan di bahagian pertahanan.

Dan pemain muda ini menegaskan mana-mana pemain yang menentang  Darren Bent and Co, fokus mereka haruslah 100 peratus.

Miquel berkata: "Kami tahu bahawa Piala FA hanya melibatkan satu perlawanan jadi kami tidak boleh melakukan sebarang kesilapan.

"Kami perlu pastikan kami sedia untuk apa saja yang berlaku tapi masih keluar dan mencuba untuk memenangi perlawanan.

"Kami menentang Villa sebulan yang lalu dan hanya menjaringkan gol kemenangan di minit ke 87 jadi ia akan menjadi keadaan yang sukar.

"Kami perlu terus fokus dan pastikan kami tak melakukan sebarang kesilapan di bahagian pertahanan. Jika kami melakukannya, kami berpeluang cerah untuk menang."

ARSENE YAKIN


Arsene Wenger memberitahu pasukan Arsenal kendaliannya "supaya percaya dengan diri sendiri" dalam pertemuan khusus di padang latihan kelab.
 
Pengurus kelab the Emirates itu mengaturkan pertemuan bersama dalam usaha meningkatkan moral pemain selepas kekalahan liga kali ketiga berturut-turut.
 
Wenger memberitahu pemainnya supaya tidak bimbang dengan kritikan dari peminat atau penganalisis TV.
 
Peminat marah dengan tindakan  Wenger menggantikan Alex Oxlade-Chamberlain dengan Andrey Arshavin semasa kekalahan 2-1 di tempat sendiri kepada Manchester United hari Ahad lepas.
 
Wenger berpesan kepada pemainnya yang beliau amat yakin dengan seluruh pemain skuad dan mereka berupaya untuk memulakan siri keputusan yang cemerlang, bermula dengan perlawanan Piala FA pusingan keempat menentang Aston Villa di tempat sendiri hari Ahad ini.

Friday, 27 January 2012

REAL MAU ARSENE WENGER


Arsene Wenger adalah dua calon senarai pendek untuk menggantikan Jose Mourinho sebagai pengurus  Real Madrid.

Ketua jurulatih Jerman, Joachim Low adalah calon lain yang dipertimbangkan dengan hubungan  Mourinho bersama pemain dan hierarki kelab makin tidak dapat dipulihkan.

Pengurus Portugal berusia  48 tahun itu pada Khamis lalu memberitahu: 'Saya tak tahu jika saya akan berada Real Madrid musim hadapan.'

Wenger menolak peluang berpindah ke Madrid pada tahun 2009 namun kelab pendahulu La Liga itu berpendapat mereka ada peluang yang lebih baik kali ini untuk memujuknya meninggalkan London kerana beliau sedang bergelut bersama Arsenal ketika ini.

The Gunners tewas kesemua tiga perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris mereka dan lima mata di belakang pasukan keempat, Chelsea, slot terakhir Liga Juara-juara – sesuatu yang digelar Wenger sebagai 'malapetaka' – jika mereka gagal memperolehinya.

CHAMBO MAU KETEPIKN ARSHAVIN


Alex Oxlade-Chamberlain berikrar untuk mengekalkan tempatnya dalam kesebelasan utama Arsenal selepas menyinar untuk the Gunners dalam debut penuhnya di Liga Perdana Inggeris.

Pemain berusia 18 tahun yang menyertai kelab utara London itu dengan harga £12 juta pada musim panas lepas, mencipta gol  Robin van Persie di separuh masa kedua semasa kekalahan 2-1 di tangan Manchester United.

Namun pemain sayap itu dikeluarkan sejurus selepas gol tersebut sekaligus mengundang kecaman dari penyokong yang ada di the Emirates.

Pengurus Arsene Wenger diboo selepas menggantikan Oxlade-Chamberlain dengan Andrey Arshavin selepas minit ke 74  - dan Van Persie turut nampak marah dengan tindakan tersebut.

'Ia permainan yang baik dari saya dan saya perlu pastikan saya kini mengekalkan tempat saya,' kata Oxlade-Chamberlain.

'Saya gembira menjadi pemain kesebelasan utama dan sudah tentu menentang lawan seperti Man United – tiada yang lebih baik darinya.

'Saya fikir ia telah menunjukkannya [keyakinan Wenger terhadap beliau] dan ia keputusan positif yang perlu saya terima selepas menerima kepercayaan dari pengurus. Saya perlu pastikan saya membayarnya semula dengan permainan saya, berkerja keras semasa latihan dan semasa saya di atas padang.'