Monday, 27 February 2012

ARSENAL PECAHKN SYILING GAJI


Penyerang Arsenal, Robin van Persie berkata beliau akan duduk dan berbincang dengan kelab mengenai kontrak baru di the Emirates – namun tidak sehingga musim berakhir.
 
Kelab utara London itu dijangka akan menawarkan pakej gaji yang cukup lumayan, difahamkan lebih dari  £150,000 seminggu dan jauh melebihi dari gaji yang dijangkakan sebelum ini, dalam usaha mengekalkan penyerang ini musim hadapan.
 
Tawaran itu termasuklah bayaran persetujuan sekitar £5 juta sebagai tambahan gaji lumayan melebihi  £130,000 seminggu di mana ia akan menjadi rekod pembayaran gaji untuk seorang pemain Arsenal.
 
Jika Arsenal memastikan tempat ke kelayakan Liga Juara-juara, ada andaian bahawa kelab akan membentuk pasukan yang mantap dengan bintang midfielder Borussia Dortmund, Mario Goetze dan penyerang Cologne,  Lukas Podolski hampir pasti akan menjadi pemain yang dibida.
 
Podolski berminat menyertai kelab manakala Arsenal dalam kedudukan kukuh mendapatkan  Goetze. Namun semua itu boleh berubah jika mereka gagal menduduki kelompok empat teratas liga di akhir musim.
 
Sekiranya ia berlaku, Arsenal bukan saja berdepan prospek kehilangan Van Persie namun juga Alex Song yang walaupun masih ada dua tahun dalam kontrak semasanya, telah menolak untuk menandatangani kontrak baru bersama kelab.

Monday, 13 February 2012

HENRY HEBAT

Thierry Henry mengakhiri karier gemilangnya di Liga Perdana Inggeris dengan sempurna menerusi gol masa kecederaan bagi memastikan Arsenal mencatatkan kemenangan berharga 2-1 di  Sunderland hari Sabtu lalu.
 
Penyerang Perancis yang dipinjam dari New York Red Bulls itu menyambut hantaran lintang Andrey Arshavin untuk menguis gol dari jarak dekat ketika the Gunners mengatasi Chelsea di tempat keempat di Liga Perdana Inggeris.
 
Aaron Ramsey menyamakan kedudukan untuk Arsenal dengan sentuhan pertama selepas masuk dari bangku simpanan bagi membatalkan gol pembukaan James McClean's.
 
Ramsey menggantikan Per Mertesacker, yang terpaksa meninggalkan perlawanan kerana kecederaan Achilles apabila beliau tergelincir semasa mengawal bola sekaligus menjadi punca kepada gol  McClean.
 
Henry yang selama ini menyinari liga dengan skil cantik dan bakat jaringanyang mengagumkan kini menjadi penjaring terbanyak ketiga Liga Perdana Inggeris hanya di belakang Alan Shearer dan Andy Cole selepas menambah golnya kepada  176.
 
Selepas masuk sebagai pemain gantian sejam selepas perlawanan untuk tampil di perlawanan beliau kali ke 258 dan — kepulangan kedua di Sunderland – penampilan liga terakhirnya musim ini, Henry kini juga telah meledak tujuh gol dari 11 perlawanan menentang the Black Cats.


HENRY AKN KE UEFA


Bos Arsenal, Arsene Wenger memuji "legenda" Thierry Henry selepas dia hadir dari bangku simpanan untuk mencatat kemenangan dramatik di Sunderland.
"Dia menamatkan kisah legenda hari ini dalam kejohanan. Saya harap dia akan tambah beberapa lagi dalam aksi Liga Juara-juara pada hari Rabu," katanya.
"Tapi yang pasti, dia beri kami tiga mata dalam permainan yang amat sukar."
Gol itu sahaja sudah cukup membuktikan kewajaran keputusan Wenger membawa Henry kembali ke Stadium Emirates, walaupun pengurus turut berjenaka itu juga mungkin kembali menghantuinya.
Dia berkata, "Saya rasa itu mungkin menghantui saya dan juga kerana dia pergi sekali lagi dan orang ramai akan berkata, 'Kenapa dia tak kekal?'."
"Ini juga menunjukkan kepada anda bahawa mereka tak pernah hilang, para pemain ini, bakat luar biasa yang masih ada."
"Anda memilikinya ketika ini dengan Giggs di Manchester United dan Scholes, serta Thierry Henry di sini."
"Itu lambang kemewahan bagi mempunyai pemain seperti dia di bangku simpanan."

WILSHERE PULIH


Jack Wilshere memberikan Arsenal rangsangan utama dengan kelajuan pemulihan daripada mimpi ngeri kecederaan terbarunya.
 
Midfielder berusia 20 tahun itu kembali dari kecederaan buku lali selepas turut mengalami patah di kaki yang sama.
 
Wilshere diarahkan berehat selama tiga minggu, namun Arsenal telah membawa ke depan tarikh imbasan seterusnya pada minggu ini selepas pemain membuat kemajuan pantas berbanding apa yang dijangkakan.
 
Jika segalanya selesai, Wilshere akan meningkatkan pemulihan dan mungkin kembali bermain bulan depan, yang mana akan melancarkan peluangnya menyertai skuad Euro 2012 England.
 
Sementara itu, Robin van Persie akan berhadapan dengan pemain yang mungkin digantikannya sebagai kapten Belanda.
 
Pertembungan Liga Juara-juara antara Arsenal dan AC Milan di Itali pada malam Rabu meletakkan Van Persie dalam konflik secara langsung dengan Mark van Bommel.
 
Van Bommel ketika ini memakai lilitan lengan untuk Belanda tetapi penampilannya untuk The Rossineri telah menjadi sporadis.
 
Dan harapan Arsenal akan dipertingkatkan dengan rekod mereka yang mengagumkan dalam aksi di tempat lawan menentang kelab berprofil tinggi.

Saturday, 11 February 2012

GERVINHO HEBAT


Ivory Coast akan bertemu dengan Zambia di final Piala Negara-Negara Afrika selepas menundukkan Mali 1-0 Rabu lalu hasil gol individu oleh Gervinho sejurus sebelum rehat separuh masa.
 
Striker Arsenal itu menggunakan peluang hasil kesilapan pertahanan di Stade de l'Amitie, berlari hampir separuh padang dan merembat melepasi penjaga gol iaitu Soumaila Diakite.
 
Didier Drogba dan Yaya Toure kedua-duanya turut melakukan percubaan yang mengenai palang ketika Ivory Coast menguasai sebahagian besar permainan, mara ke final tanpa bolos dalam kejohanan. Ivory Coast kini dalam jangkauan gelaran Afrika yang pertama dalam tempoh 20 tahun.
 
The Zambians mara ke penentuan Ahad ini di Libreville selepas mengejutkan Ghana 1-0 dalam aksi separuh akhir pertama.

BARCA TAK MAU RVP


Ketua Barcelona, Josep Maria Bartomeu berkata gergasi Catalan tidak berminat menandatangani Robin van Persie, buat masa ini.
 
Kapten Arsenal itu akan hanya mempunyai baki setahun dalam kontrak pada akhir musim ini dan terdapat laporan Pep Guardiola berminat menyatukan kembali striker Belanda dengan bekas rakan sepasukannya di Arsenal, Cesc Fabregas yang meninggalkan The Emirates untuk Nou Camp musim panas lalu.
 
Namun naib presiden Barca, Bartomeu berkata kelab itu tidak lagi melihat untuk menandatanganinya pada masa ini, dan tidak menolak kemungkinan langkah buat pemain berusia 28 tahun itu pada masa akan datang.
 
"Tiada apa yang berlaku ketika ini. Ada beberapa khabar angin, tapi ini bukan masa yang sesuai untuk bercakap mengenai Van Persie. Kami perlu fokus kepada prestasi kami di atas padang," katanya.
 
Bekas striker Feyenoord itu telah berada dalam prestasi maut musim ini dengan 28 gol daripada 30 perlawanan.

CHAMBO REDAKN KHABAR ENGLND


Pemain sayap Arsenal, Alex Oxlade-Chamberlain meredakan cakap-cakap mengenai panggilan skuad Euro 2012 England selepas prestasinya yang mengagumkan bersama kelab.
 
Pemain berusia 18 tahun itu menyertai Arsenal dari Southampton pada Ogos 2011 dengan yuran yang dipercayai sekitar £15 juta, dan masih belum meraih tempat dalam kesebelasan utama.
 
Walau bagaimanapun ketika bermain, dia mempunyai impak besar dan pada hari Sabtu, dia menjaringkan dua gol Liga Perdana semasa The Gunners membelasah Blackburn 7-1.
 
"Saya fokus di Arsenal. Jelas sekali itu (panggilan England) sangat bagus, tapi saya baru saja membuat langkah demi langkah," kata pemain, yang bapanya iaitu Mark Chamberlain memenangi lapan caps untuk England pada era 1980-an.
 
Walaupun itu mungkin dilihat sebagai langkah berani bagi seseorang yang sedikit pengalaman dalam skuad untuk kejohanan besar seperti itu, England pernah melakukannya sebelum ini.
 
Sir Geoff Hurst tidak bermain untuk England sebelum 1966, apabila dia menjadi sebahagian daripada skuad yang memenangi Piala Dunia, dan Michael Owen telah dimasukkan ke dalam skuad Piala Dunia 1998 walaupun hanya pada tahun pertamanya bersama dengan skuad itu.