Thursday, 15 December 2011

WENGER SEDIA DAPATKAN BENZEMA


Arsenal sedang menyediakan langkah untuk tonggak Real Madrid, Karim Benzema, demikian menurut laporan di Sepanyol.
 
Bos Gunners, Arsene Wenger telah meletakkan striker Perancis itu di kedudukan tertinggi dalam senarainya di sebalik kebimbangan tentang masa depan Robin van Persie, yang akan kontrak dalam masa 18 bulan dan masih belum memulakan rundingan melanjutkan perjanjiannya di Emirates.
 
Real Madrid telah dikaitkan dengan sambaran musim panas untuk Van Persie dan pemain Belanda itu boleh digunakan dalam urus niaga pertukaran.
 
Wenger merupakan peminat jangka panjang Benzema, yang telah menjaringkan 14 gol dalam 23 penampilan musim ini.

Tuesday, 13 December 2011

EVERTON GODA HENRY


Bos Everton David Moyes mencuba nasib mendapatkan Thierry Henry untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris.
 
Henry, ketika ini berlatih dengan Arsenal sepanjang cuti musim MLS dan turut menghadiri majlis ulangtahun ke 125 Arsenal.
 
Moyes terdesak untuk memperkuatkan bahagian serangannya pada Januari ini dan gembira untuk meminjam Henry dari New York Red Bulls. Henry bakal pulang untuk kem latihan Red Bulls pada 15 Januari ini.
 
Everton melakukan urusan serupa dengan LA Galaxy dan Landon Donovan sebelum ini dan Moyes mengakui beliau sempat berbual dengan Henry.
 
Moyes berkata: “Saya dah pun tanya padanya (Henry) semasa masuk ke majlis. Saya bertanya: jika kamu mahu bermain beritahu saya.”
 
Moyes, yang mengeluarkan Louis Saha di pertengahan separuh masa kedua dan menggantikannya dengan bek tengah Sylvain Distin, menegaskan beliau mahu mendapatkan penyerang dan menambah: “Saya berharap kami dapat melakukan sesuatu.”
 
Henry telah menyatakan dengan jelas yang beliau tidak berhasrat untuk menyertai semula Arsenal walaupun dengan kontrak jangka masa pendek.

WILSHERE TGGU JANUARI


Midfielder Arsenal, Jack Wilshere menyatakan dia harus kembali beraksi pada Januari setelah diketepikan akibat kecederaan sejak musim panas.
 
Wilshere, 19, tercedera semasa tugasan antarabangsa dan situasi bertambah buruk menyebabkan dirinya memerlukan pembedahan pada September.
 
Dia berkata, pemulihan sedang dilakukan dan dia harus sedia bagi pemilihan pada awal tahun baru.
 
"Segalanya berjalan lancar, saya bekerja keras di gym setiap hari dan semakin baik di Arsenal," kata Wilshere.
 
"Kami mempunyai beberapa isu kecederaan di Arsenal pada tahun-tahun belakangan ini, seperti Aaron Ramsey, tapi mereka membantu saya melaluinya."
 
"Saya tak boleh letakkan tarikh tertentu, tetapi mungkin padaJanuari. Saya harap semuanya berjalan lancar."
 
Namun kembali semula ke prestasi mereka dan beralih ke kedudukan kelima dalam carta, Wilshere berkata cabaran bagi gelaran mampu diharungi oleh The Gunners.
 
"Kenapa tidak? Manchester City kegemaran yang kuat tetapi jika kami teruskan perjalanan kami, kami akan terus merapatkan diri," katanya.

Monday, 12 December 2011

HILANG SANTOS TAMPARAN BG ARSENAL


Arsene Wenger gusar Andre Santos mungkin diketepikan untuk satu tempoh jangka panjang.
 
Bek kiri Arsenal itu cedera buku lalinya malam Selasa minggu lalu ketika tewas 3-1 di tangan Olympiakos dan pada awalnya dia dijangka hanya diketepikan selama tiga minggu.
 
Bos Wenger berkata: "Berita buruk adalah kami dah hilang Santos untuk satu tempoh masa kerana kecederaan buku lali itu lebih teruk dari yang dijangka."
 
"Berapa lama dia akan diketepikan, kami tak tahu. Namun ia akan lebih dari tiga minggu, itu sudah pasti."
 
"Dia semestinya diketepikan sepanjang tempoh Krismas. Dengan Kieran Gibbs masih belum boleh beraksi, kami ada masalah di kedua belah sayap dengan dua bek kanan dan dua bek kiri tiada."

ARSENAL PERLU BERSAING DENGAN SCHALKE




Arsenal mungkin berdepan dengan saingan dari Schalke untuk pemain sasaran utama mereka, Lukas Podolski bulan hadapan.
 
Pemain antarabangsa Jerman ini dijangka meninggalkan Cologne bulan hadapan dan the Gunners telah memerhatikannya ketika mereka bersiap-sedia melepaskan penyerang hambar, Marouane Chamakh.
 
Podolski hampir pasti akan menelan kos perpindahan £20 juta, memberikan Arsenal kelebihan. Bagaimanapun, bekas pemain Bayern Munich itu masih mahu terus menetap di Bundesliga.
 
Schalke mahukan pemain berusia 26 tahun ini untuk menggantikan Raul, yang kontraknya akan tamat di penghujung musim selepas dua tahun bersama kelab.
 
Podolski masih belum berunding dengan Arsenal mengenai perpindahannya tapi bulan lepas memberitahu yang ia adalah 'sebuah kelab besar. Mereka ada pasukan yang bagus dan bermain di tahap tertinggi di England.'

Saturday, 10 December 2011

Arsenal VS Everton 1-0 Robin van Persie 10.12.2011

ALEX KE ARSENAL?


Arsenal mahu membuat kejutan tawaran separuh harga untuk pemain buangan Chelsea, Alex ketika  Arsene Wenger nampak mahu memperkuatkan bahagian pertahanan tengahnya bulan hadapan.

Alex telah diletakkan dalam senarai perpindahan oleh Andre Villas-Boas selepas tidak lagi menjadi pilihan pasukan utama di Stamford Bridge dan kini menjadi sasaran Juventus.

Wenger memang mengagumi pemain berusia 29 tahun tersebut dan telah membuat dua pertanyaan mengenai kedudukan Alex pada musim panas lepas namun kedua-duanya ditolak.

Bagaimanapun,  Arsenal mungkin bertuah pada Januari ini melihat kepada status perpindahannya.

Dengan Per Mertesacker masih lagi menyesuaikan diri dengan kepantasan aksi Liga Perdana Inggeris,  Wenger berminat menambah pemain berpengalaman di divisyen teratas di bahagian pertahanannya.

Pengurus Tottenham, Harry Redknapp juga berminat namun pilihan utamanya kekal pemain Bolton,  Gary Cahill yang turut dimahukan Chelsea untuk menggantikan Alex.